|
TAZKIRAH PENDEK - MEMBAZIR
Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:
1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sharing is Caring!
|
|
|
|
|
|
|
|
BlueRose99 posted on 12-7-2013 07:55 AM
Sharing is Caring!
setahu anisss
memasukkan sesuatu di dalam rongga badan adalah batal....(contoh mengorek hidung)
bersugi pula makruh apabila bersugi selepas gelincir matahari tetapi tidak batal puasa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari kelima kita berpuasa. jom kita buat checklist dan periksa diri kita..
1. Berapa banyak novel kita baca dibandingkan dengan Al Quran?
2. Berapa banyak tazkirah kita tengok dan dengar dibandingkan menonton drama melayu, korea dan sebagainya
3. Berapa banyak amalan sunat kita dibandingkan tawaf kedai..
3. Berapa banyak makanan terhidang atas meja di waktu berbuka dibandingkan dengan sedekah
4. Berapa banyak kita berkata yang baik-baik dibandingkan dengan mengata
5. Berapa banyak silatulrahim yang terputus disebabkan kita suka mengadu domba dibandingkan silatulrahim yang bersambung
6. Berapa banyak mahmudah yang kita buat dibandingkan mazmumah? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|