CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Ramadan boleh cetus revolusi

[Copy link]
Post time 31-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bulan mulia rangsang remaja bantah terhadap ketidakadilan, penindasan\rDUBAI: Kerajaan di Asia Barat bersiap sedia berdepan dengan suasana tegang pada Ramadan yang bermula esok berikutan tercetusnya bantahan rakyat sejak beberapa bulan lalu di rantau itu.\r\n\n\n\n\r“Ramadan memang menjadi bulan revolusi dan kemenangan sepanjang sejarah,” kata Abdullah al-Amadi, pengarah laman web berita Islamonline yang berpangkalan di Qatar.\r\r\n\n\n\n\n“Saya berpendapat kedatangan bulan yang mulia itu akan merangsang golongan remaja di rantau Arab untuk menyempurnakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan penindasan,” katanya.\rAmadi berkata, peningkatan terhadap tunjuk perasaan bagi mendapatkan demokrasi kemungkinan memuncak pada 10 hari terakhir Ramadan bantahan, tempoh yang dianggap paling mulia.\rPihak berkuasa di Syria bimbang solat jemaah Tarawih yang diadakan setiap malam akan menjadi seperti solat Jumaat yang menyaksikan bantahan tercetus setiap minggu selepas penduduk meninggalkan masjid.\rKumpulan Facebook ‘The Syrian Revolution 2011’ yang mendorong pergerakan bantahan menulis:\r\n\n\n\n\r“Rejim Syria bimbang terhadap kedatangan Ramadan dan solat Tarawih,” berikutan beberapa aktivis siber mendesak bantahan diadakan setiap malam selepas solat Tarawih.\rDi Libya pula, pemberontak yang sejak beberapa bulan lalu bertempur dengan tentera kerajaan Muammar Gaddafi berjanji akan meneruskan perjuangan mereka pada Ramadan.\r“Jika kami sedang bertempur dan rasa keletihan kami akan berbuka puasa. Tetapi jika kami sedang berkawal, kami tetap berpuasa,” kata Hatem al-Jadi seorang pejuang pemberontak berusia 24 tahun.\rPresiden Ali Abdullah Saleh dari Yaman yang berdepan dengan bantahan sejak Januari lalu dan kini dirawat di Arab Saudi berikutan serangan bom terhadapnya, akan menyaksikan peningkatan bantahan terhadap rejimnya pada Ramadan.\r“Kita akan membawa perubahan pada bulan Ramadan, terutama ketika Ali Abdullah Saleh tidak berada di Yaman,” kata Walid al-Omari seorang aktivis dari kumpulan Revolusi Remaja.\rNegara Arab lain turut mengambil sikap ‘baik berhati-hati daripada menyesal kemudian’ dengan memastikan harga barang pada bulan mulia itu dikawal rapi agar tidak mencetuskan bantahan rakyat.\rDi Mesir, kerajaan mengambil langkah untuk mengekalkan sistem subsidi yang menjamin harga bahan makanan asas seperti roti kekal rendah. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.758559 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list