|
Teknik air brush menyebabkan aktres lebih mudaLONDON: Agensi Penarafan Iklan Britain, mengharamkan dua iklan memaparkan imej aktres Julia Roberts dan model Christy Turlington selepas seorang ahli parlimen negara itu mendakwa teknik ‘air brush’ yang digunakan menyebabkan mereka kelihatan ‘jauh lebih muda’ daripada usia sebenar sehingga mengelirukan pengguna.\rAkhbar The Guardian melaporkan, anggota Parlimen Parti Liberal Demokrat, Jo Swinson dari East Dunbartonshire Scotland, berkata iklan majalah untuk produk keluaran rangkaian kosmetik Maybelline dan Lancome, kedua-duanya dihasilkan firma L’Oreal mengelirukan pengguna kerana gambar dipaparkan diubah secara digital.\r\n\n\n\n\r“Imej ditampilkan bukanlah kesan daripada penggunaan produk yang diiklankan,” katanya yang sejak sekian lama mengetuai kempen menentang pengubahsuaian imej dalam iklan.\r\r\n\n\n\n\nDakwaan beliau disokong Persatuan Anesthesiologi Amerika (ASA) yang berkata tiada bukti cukup untuk menunjukkan produk yang diiklankan mampu menjadikan wajah penggunanya secantik imej model yang ditampilkan.\r“Perbuatan mengubah suai imej model menyalahi kod amalan standard pengiklanan kerana dengan sengaja ‘menambah’ sesuatu yang sebenarnya tidak ada,” kata ASA dalam kenyataan yang dipetik Guardian.\rDi dalam iklan dua halaman majalah L’Oreal yang diambil jurugambar Mario Testino, Julia, 44, mempromosikan krim asas Teint Miracle yang didakwa dapat mengembalikan semula ‘kulit sempurna yang sebenar’ kepada penggunanya, manakala Christy mengiklankan produk krim Age Rewind Eraser bagi menambah kecantikan kulit.\rJurucakap L’Oreal ketika dihubungi wartawan Guardian mengaku kedua-dua gambar untuk iklan itu diubah suai secara digital. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|