|
Kekal peneraju kenderaan penumpang, utama kepuasan penggunaPROTON Holdings Bhd, yakin dapat mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran kenderaan penumpang tahun ini, dan kini akan memberi penekanan lebih hebat terhadap kepuasan penggunanya.\rBerikutan itu, pengeluar kereta nasional itu mahu lebih konsisten dari aspek mutu pengeluaran model barunya, terutama menjelang persiapannya untuk mengeluarkan kereta global sulungnya, P3-21A awal tahun depan.\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata syarikat itu sangat berpuas hati dengan pencapaian enam bulan pertama tahun ini yang menyaksikan PROTON menguasai 32 peratus pasaran domestik dengan menjual kira-kira 85,000 unit kenderaan sepanjang tempoh itu.\r\r\n\n\n\n\n “Kami gembira dengan kedudukan itu, tetapi mahu meneruskan pencapaian sedemikian dengan cara meningkatkan tahap kualiti setiap model baru ditampilkan PROTON.\r“Ia sejajar dengan kedudukan semasa syarikat yang menyaksikan meningkatnya penerimaan terhadap jenama PROTON berbanding beberapa tahun lalu, justeru kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami selepas ini,” katanya selepas melancarkan sambutan ‘1 Perayaan Proton’ sempena menyambut kedatangan Ramadan, Syawal, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Subang Jaya, semalam.\rSyed Zainal Abidin berkata, berikutan meningkatnya penerimaan pengguna ke atas jenama PROTON, kumpulan itu kini menerapkan slogan baru iaitu ‘Komited Menjadi Lebih Baik’ sebagai teras memenuhi kehendak pelanggan.\r“Kita tidak saja mahu menjadi nombor satu dari segi kuantiti tetapi mahu menjadi nombor satu dari segi kualiti,” katanya.\r\n\n\n\n\rTerbaru, katanya PROTON menerima maklum balas cukup memberangsangkan terhadap pelancaran model baru dipertingkatkan iaitu Saga FLX.\r“Berdasarkan maklum balas selama dua hari ini, kami menerima pujian kerana menunjukkan komitmen untuk memenuhi permintaan pengguna dengan memperkenalkan teknologi baru yang menjimatkan penggunaan bahan bakar,” katanya.\rMengenai persediaan ke arah memperkenalkan kereta global sulung PROTON, Syed Zainal Abidin berkata, syarikat itu akan memastikan tujuh nilai teras akan diterapkan pasukan pengurusan dan kakitangannya menjelang pengeluaran pertama pada Februari tahun depan.\rTujuh nilai teras itu katanya ialah kualiti, fokus pelanggan, inovasi, kerja berpasukan, kepantasan, keprihatinan dan jujur.\rModel kereta global sulung PROTON itu difahamkan adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu. \rModel itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic. \rBerikutan minat tinggi yang ditunjukkan pengguna ke atas kereta konsep berkenaan, PROTON akan menampilkan semula barisan kenderaan itu yang terdiri daripada siri Pahlawan (Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi), Emas, Saga EV dan Exora REEV pada perarakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|