CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

Red Warriors ‘serang’ KL

[Copy link]
Post time 28-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SOKONGAN terhadap skuad Harimau Malaya yang berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, bukan sekadar membabitkan penyokong setia di Lembah Klang apabila kelab penyokong The Red Warriors dari Kota Bharu, turut bersusah payah untuk ke Kuala Lumpur.\r“Kami bukan sekadar menyokong Kelantan tapi juga penyokong Harimau Malaya kerana semangat patriotik yang tinggi demi melihat kemajuan sukan ini di persada antarabangsa,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Red Warriors Kota Bharu, Mohd Zaini Mohd Zain.\r\n\n\n\n\r   Kelab penyokong berkenaan membawa lebih 100 penyokong dengan menggunakan kira-kira 20 kereta untuk memberi sokongan padu kepada barisan Malaysia yang berdepan Singapura dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.\r\r\n\n\n\n\n   Bagi penyokong fanatik Red Warriors, Othman Ibrahim, dia sanggup berhabis wang ringgit untuk hadir menonton dan memberi sokongan kerana ia turut membabitkan maruah negara.\r“Kami akan beri sokongan sepenuhnya kepada skuad Harimau Malaya supaya mereka memberi tentangan hebat kepada Singapura selepas ditewaskan 5-3 Sabtu lalu, dan berharap kejayaan berada di pihak kita,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071520 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list