CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

Menteri wanita Pakistan runding konflik 64 tahun

[Copy link]
Post time 27-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI: Wanita pertama dilantik Menteri Luar Pakistan, Hina Rabbani Khar, 34, menjadi tumpuan apabila tiba di sini semalam untuk mengadakan rundingan hari ini dengan rakan sejawat dari India yang 45 tahun lebih tua daripadanya. \rKhar dilantik minggu lalu selepas berkhidmat sebagai menteri luar muda sejak Februari, menjadi wajah diplomatik Pakistan ketika tempoh kritikal, lebih-lebih lagi berkaitan hubungan negara itu dengan Washington.\r\n\n\n\n\rMenteri yang mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan hotel itu akan terbabit dalam rundingan berhubung isu sempadan yang paling kacau di dunia yang membawa kepada peperangan tiga kali sejak 1947, dengan Menteri Luar India, SM Krishna yang jauh lebih berpengalaman.\r\r\n\n\n\n\nRundingan itu  yang pertama antara kedua-dua negara pada peringkat berkenaan sejak setahun lalu, adalah   mesyuarat kedua bagi Hina selepas menghadiri forum keselamatan serantau dengan Asean di Bali minggu lalu, yang mana beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton. \rHina menggesa kedua-dua India dan Pakistan meninggalkan ‘beban’ sejarah. \r“Kedua-dua negara harus  maju ke hadapan sebagai jiran yang baik yang sudah mempelajari daripada sejarah dan tidak dibebani oleh sejarah”, katanya.\rIndia menggantung rundingan dengan Islamabad selepas serangan pengganas ke atas 2008 Mumbai yang New Delhi meletakkan kesalahan terhadap militan di negara jirannya itu.\rSejak itu, kedua-dua negara mengambil langkah bagi memulihkan hubungan.\rHina yang memakai selendang adalah ibu kepada dua anak perempuan tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan Benazir Bhutto,  Perdana Menteri wanita Pakistan yang dibunuh sejurus pulang dari hidup dalam buangan pada 2007. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.048071 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list