View: 159|Reply: 0
|
Harga getah asli dijangka lebih RM13 sekilogram
[Copy link]
|
|
HARGA getah asli dijangkakan stabil dan kekal kukuh pada paras melebihi RM13 sekilogram pada masa depan disokong permintaan tinggi komoditi itu terutama dari China dan India.\rPada harga berkenaan, pekebun kecil getah yang memiliki ladang getah seluas 2.3 hektar mampu memperoleh pendapatan purata kira-kira RM2,500 sebulan.\r\n\n\n\n\r Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator Datuk G Palanivel, berkata pendapatan eksport produk getah juga dijangkakan meningkat kepada RM14.4 bilion tahun ini daripada RM12.96 bilion tahun lalu berikutan permintaan serantau yang kukuh dan harga getah asli yang tinggi.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, pengeluaran getah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat kepada 480,000 tan daripada 450,000 tan dalam tempoh sama tahun lalu.\r“Industri getah akan terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Dianggarkan menjelang 2020, pendapatan eksport daripada industri getah bersepadu akan mencecah lebih RM98 bilion,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ekonomi Getah Antarabangsa 2011 di Kuala Lumpur semalam.\rTahun lalu, pendapatan eksport getah keseluruhannya meningkat 36 peratus kepada RM34 bilion daripada RM25 bilion pada 2009 disebabkan permintaan kukuh berterusan serantau dan harga getah asli yang lebih kukuh.\rPalanivel berkata, permintaan bagi getah asli dianggarkan berkembang pada kadar sederhana tahun ini iaitu pada 3.8 peratus kepada 11.149 juta tan sejajar jangkaan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan tahun ini.\r\n\n\n\n\rTahun lalu permintaan global terhadap getah asli meningkat 15.4 peratus kepada 10.739 tan sejajar pertumbuhan baik ekonomi dunia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|