CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

Hutang AS punca saham Asia susut

[Copy link]
Post time 26-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
SAHAM Asia mengalami penurunan semalam susulan kegagalan rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan had hutang negara itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya tunggakan hutang. \rKrisis berkenaan memberi tekanan kepada dolar AS, yang menyebabkan ia susut ke paras terendah berbanding yen sejak peristiwa gempa bumi 11 Mac lalu di Jepun, yang mana mendorong campur tangan Tokyo dan sekutu negara G7.  \r\n\n\n\n\r  Saham Tokyo ditutup 0.81 peratus lebih rendah, susut 82.10 mata kepada 10,050.01 dan Seoul turun 0.96 peratus, atau 20.75 mata untuk ditutup pada 2,150.48.\r\r\n\n\n\n\n  Sydney susut 1.58 peratus, atau 72.5 mata kepada 4,530.4 manakala Hong Kong 0.80 ditutup lebih rendah. \rShanghai turut merosot 2.16 peratus di sebalik kebimbangan pelaburan kerajaan susulan kemalangan maut kereta api yang berlaku hujung minggu lalu.\rDengan hanya lebih seminggu sebelum AS kehabisan wang untuk membayar hutangnya, Presiden Barack Obama dan pihak lawannya, Republikan kekal buntu pada perbincangan berhubung bajet mengurang defisit.   \rSemakin hampir tarikh akhir 2 Ogos ini bagi AS untuk menaikkan had hutang bernilai $14.3 trilion, terdapat kebimbangan berlakunya tunggakan pinjaman oleh ekonomi terbesar dunia yang akan turut menjejaskan pasaran dunia lain dan seterusnya kepada kemelesetan ekonomi global.  \r\n\n\n\n\rAhli Ekonomi Kanan dan Strategik Credit Agricole CIB, Dariusz Kowalczyk berkata: “Dengan hanya lagi tempoh seminggu, saya berpendapat sentimen umum adalah ia akan mempunyai banyak jalan penyelesaian. Saya jangka perjanjian itu akan dimuktamadkan sebelum 2 Ogos ini.”\rDi pasaran mata wang, dolar susut serendah 8.12 yen pada awal dagangan, iaitu yang paras terendah sejak 17 Mac lalu. \rIa kembali pulih kepada 78.44 yen pada sesi dagangan tengah hari di Tokyo berbanding 78.52 yen di New York lewat Jumaat lalu.\rDi pasaran lain, Taipei susut 0.93 peratus, atau 81.81 mata kepada 8,683.51.\rDesign House MediaTek jatuh 2.35 peratus kepada Tw$270.5 manakala  Formosa Plastics Corp pada 0.9 peratus lebih rendah pada Tw$110.0.\rSaham Manila ditutup rata, naik 2.14 mata kepada 4,480.50.\rPemaju hartanah, Megaworld naik 2.9 peratus kepada 2.86 pesos, SM Investments tambah 1.4 peratus kepada 542.50 pesos dan Basic Energy juga naik 1.4 peratus kepada 38.46 pesos.\rWellington ditutup pada 0.61 peratus atau 21.07 mata kepada 3,428.15.\rTelecom susut 1.3 peratus kepada NZ$2.64 manakala Sky City bertambah 1.9 peratus kepada NZ$3.72. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.550301 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list