|
LOS ANGELES: Dalam pertarungan antara wira filem musim panas di Amerika Syarikat, Captain America mengalahkan Harry Potter dalam kutipan tiket hujung minggu lalu.\rFilem keluaran Paramount Pictures iaitu Captain America: The First Avenger menduduki tempat teratas dengan kutipan AS$65.8 juta (RM197.4 juta).\r\n\n\n\n\rFilem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 keluaran Warner Bros di tempat kedua selepas meraih AS$48 juta (RM144 juta) tetapi keseluruhannya mengumpul AS$274.1 juta (RM822.3 juta) sejak ditayangkan dua minggu lalu. \r\r\n\n\n\n\nKetua Unit Pengedaran Paramount, Don Harris, berkata kutipan Captain America melebihi jangkaan.\rBeliau menganggap ia akan menyamai kutipan XMen: First Class yang mengumpul AS$55.1 juta (RM165 juta) ketika tayangan hari pertama, Jun lalu. \r“Captain America mengingatkan saya kepada Raiders of the Lost Ark yang juga antara filem yang paling menguntungkan dalam sejarah,” kata Harris.\r“Penonton suka dengan watak itu yang ada sedikit persamaan dengan Iron Man iaitu dia tidak miliki banyak senjata istimewa tetapi mempunyai penampilan menarik,” katanya lagi.\r\n\n\n\n\rPada peringkat antarabangsa, Captain America: The First Avenger hanya mengumpul AS$2.8 juta (RM5.6 juta) dan hanya akan mula ditayangkan di 23 negara minggu depan termasuk Britain, Russia, Argentina, Brazil, Mexico, Australia dan Korea Selatan. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|