CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Penyerang rancang serangan di London

[Copy link]
Post time 26-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Siar manifesto dedah 80 lagi sedia mengganas di seluruh EropahOSLO: Pelampau Kristian, Anders Behring Breivik, mendedahkan tindakannya melakukan serangan yang membunuh 93 orang di Oslo dirancang ketika dia berada di London apabila berbincang dengan sekumpulan fanatik berhaluan kanan untuk melancarkan ‘Perang Salib baru’ di Eropah.\rDakwaan itu terkandung dalam satu manifesto 1,500 muka surat yang disiarkan sebelum serangan dengan mendakwa mentornya adalah seorang lelaki Inggeris bernama Richard, lapor akhbar Daily Telegraph dan Daily Mail, semalam.\r\n\n\n\n\rDia mendabik, kempen Perang Salib baru itu akan dilancarkan di seluruh Eropah Barat oleh 80 orang lain sepertinya bagi  menggulingkan kerajaan yang bertolak ansur   terhadap orang Islam.\r\r\n\n\n\n\nScotland Yard sedang cuba memastikan sama ada dia memang benar melawat London sejak beberapa tahun kebelakangan ini ketika polis mendedahkan peluru yang digunakannya ketika mengganas meletup dalam badan selepas mangsa kena tembakan.\rDalam manifesto itu, Breivik, 32, memuji Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dan pertubuhan anti-Islam lain sepertinya.\rDokumennya menggelar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown sebagai penjenayah perang kerana bersekutu dengan kumpulan pelampau Islam serta ditandatangani dengan nama \'Andrew Berwick\' iaitu namanya dalam bahasa Inggeris.\rTony Blair, Jack Straw, Putera Charles dan beberapa wartawan akhbar juga disebut dan menamakan dokumen itu sebagai Perisytiharan Kemerdekaan Eropah sebelum menghantarnya dalam e-mel kepada 5,700 orang beberapa ketika sebelum dia melancarkan pembunuhan beramai-ramai di Norway.\r\n\n\n\n\rBreivik, 32, membuat kemunculan pertamanya di sebuah mahkamah pinggir bandar kira-kira jam 1 tengah hari (1100 GMT), untuk tuduhan berhubung pengeboman dan tembakan membabi buta Jumaat lalu yang dikatakannya dilakukan seorang diri.\rKeputusan awal penting perlu dilakukan hakim ialah sama ada untuk mengarahkan perbicaraan dilakukan secara tertutup, sesuatu yang diminta oleh pendakwaan.\rSekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam satu letupan awal di luar pejabat perdana menteri dan bangunan kerajaan lain sebelum Breivik menembak 86 orang lain, kebanyakannya belia yang   menghadiri perjumpaan pemimpin belia parti pemerintah utama Buruh di pulau   Utoeya, 40 kilometer dari situ.\rPerdana Menteri, Jens Stoltenberg melabel penyerang sebagai ‘penjahat’ ketika satu ucapan dalam upacara pengebumian besar-besaran dihadiri keluarga diraja Norway dan ribuan penganut kelmarin. – AFP/Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 2.005764 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list