CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

SPNB tumpu rumah mampu milik

[Copy link]
Post time 25-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
22 projek bernilai RM1.9b   babit 16,000 unit berharga serendah RM36,000SYARIKAT Perumahan Negara Bhd (SPNB), sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan sedang melaksanakan 22 projek perumahan mampu milik bernilai kira-kira RM1.9 bilion dalam usahanya menjayakan dasar perumahan negara.\rPengerusinya, Datuk Ir Idris Haron, berkata projek itu membabitkan pembinaan lebih 16,000 unit kediaman merangkumi rumah kos rendah hingga sederhana dengan harga jualan bermula dari RM35,000 seunit.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, ia membabitkan kawasan keseluruhan seluas 637.5 hektar di Lembah Klang, Kedah, Perak, Kelantan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.\r\r\n\n\n\n\n  “Pada masa depan, SPNB merancang membangunkan lebih banyak kediaman di kawasan bandar secara usaha sama dengan pelbagai pihak termasuk syarikat hartanah lain bagi menjadi pengimbang kepada harga kediaman yang semakin melonjak di pasaran,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Melaka, baru-baru ini.\rBeliau berkata, bagaimanapun buat masa ini SPNB tidak bercadang untuk membeli tanah pembangunan baru, tetapi menumpukan kepada penjualan unit kediaman mampu milik yang masih belum dijual yang dianggarkan kira-kira 9,000 unit ketika ini.\rSPNB kini mempunyai sembilan bidang tanah berkeluasan 141.38 hektar di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.\r“Kami kini sedang agresif meningkatkan pemasaran kediaman yang kami bangunkan menerusi pakej pembelian menarik dalam usaha mencapai sasaran menjual 7,000 unit kediaman mampu milik menjelang akhir tahun ini,” katanya.\r\n\n\n\n\rBagi projek masa depan, Idris berkata, SPNB akan mencari tanah baru  di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, tetapi tidak merancang membelinya sebaliknya membangunkannya menerusi usaha sama, sama ada dengan pihak kerajaan atau swasta.\r“Kami tidak akan membeli tanah terbabit tetapi memajukannya bersama agensi kerajaan atau swasta dan berkongsi keuntungan kerana SPNB tidak boleh hanya bertindak sebagai pembekal rumah mesra rakyat, sebaliknya menjadi antara syarikat hartanah utama di pasaran,” katanya.\rIdris berkata, SPNB juga sedang mengkaji dan menilai semula tanah milik kekalnya untuk dimajukan sebagai perumahan mampu milik dan tidak lagi menumpukan semata-mata kepada perumahan mesra rakyat dalam tempoh lima tahun ini.\r“Sekarang ini kami sedang melihat senarai tanah kami, dan mengkaji juga kewibawaan projek dan keperluan pasaran. Jika berdaya maju kami akan bangunkan, jika tidak kami akan menjualnya,” katanya.\rSementara itu, Idris berkata, SPNB sedang mengkaji untuk membenarkan kontraktornya untuk mengambil alih projek yang tertangguh.\rBeliau berkata, selain menyelesaikan masalah bayaran kepada kontraktor sehingga menyebabkan berlakunya penangguhan projek, inisiatif itu juga dapat membantu menjadikan kontraktor Bumiputera berkenaan kepada pemaju hartanah berdaya saing.\rKetika ini ada lapan projek SPNB yang tertangguh membabitkan pembinaan kira-kira 5,000 unit rumah dianggarkan bernilai RM400 juta. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071710 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list