|
nih dr berita harian..
Penyanyi British Amy Winehouse ditemui meninggal dunia24/07/2011 3:16am
LONDON 24 Julai – Penyanyi British, Amy Winehouse, yang kisah hidupnya dibayangi masalah arak dan dadah tetapi berbakat besar, ditemui mati di kediamannya di utara London semalam, kata perkhidmatan kecemasan.
Beliau yang terkenal dengan rambut hitam bersanggul tinggi itu hanya berusia 27 tahun.
Penyanyi lagu-lagu genre soul dan pemenang Anugerah Grammy itu kerap dilaporkan menghadapi masalah dengan penagihan dadah, sebagaimana digambarkan dalam single popularnya, “Rehab”.
Polis berkata, pihaknya menyifatkan kematian Winehouse sebagai “belum terjawab.”
“Kami (polis) dihubungi pada 3:54 petang (10:54 malam waktu Malaysia) untuk ke alamat di Camden Square,” kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans London (LAS) semalam.
“Kami menghantar dua ambulans berserta petugas, malangnya pesakit tersebut sudah meninggal. Kedua-dua ambulans tiba dalam masa lima minit.”
Tiada komen atau reaksi awal daripada ejen-ejen penyanyi berkenaan.
Nama Winehouse melonjak ke persada seni selepas menggondol lima Anugerah Grammy pada 2006, hasil album keduanya, “Back to Black” dan single popular, “Rehab”. - AFP
skymania Post at 24-7-2011 10:48
=======================================
mujur mati sorg2...kalo ada doktor yang cuba2 merawat, harus doktor tu kena tuduh atas kematian amy. sama mcm kes MJ. all LIFE INSURANCE punya pasal!!! cian la saper2 yang kena jadi guinea pig! |
|
|
|
|
|
|
|
baru taw last sunday... syg betul bakat die... omputih ni klu dah bangang tu, bangang sangt.. duit byk, xtaw nk buat ape dah |
|
|
|
|
|
|
|
elOk pn mati cpt..
law idOp nyUsahkn org wat pe..
sampah masyarakat jek. |
|
|
|
|
|
|
|
hek eleh, aku yang peminat besar amy winehouse ni tak kesah kalau bukan peminat dia wish dia R.I.P pun, nak mengaku peminat pun tak salah. In fact aku lagi suka org kenal artis2 yg berkualiti, takde la memanjang celine dion ziana zain je.
pelik aku ngan org2 yg minat muzik tp dengki benor kalau org lain pun dengar band sama yg dia dengar. Nak unik sangat gi la dengar Inuit throat singer ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Amy winehouse unik. Skali pandang amy winehouse mcm amy search |
|
|
|
|
|
|
|
dah mati dah... baru nak minat |
|
|
|
|
|
|
|
R.I.P for her...
i'm juz found that she dead
baru2 ni ada dgr lagu dia tp time tu xtaw dia dh mati..pastu lam ati terpikir minah xwat album baru ke... |
|
|
|
|
|
|
| |
|