CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

AirAsia Japan beroperasi 2012

[Copy link]
Post time 22-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penerbangan tambang murah pertama di Jepun berpangkalan di Narita\rAIRASIA Bhd, mengembangkan lagi sayap perniagaannya apabila membentuk pakatan dengan ANA Group, iaitu syarikat penerbangan terbesar di Jepun, untuk menubuhkan AirAsia Japan yang akan beroperasi pada 2012.\r\n\n\n\n\r  ANA Group akan memegang 67 peratus ekuiti dalam AirAsia Japan manakala AirAsia pula sebanyak 33 peratus.\r\r\n\n\n\n\n  AirAsia Japan yang akan beroperasi menggunakan jenama AirAsia bakal  menjadi syarikat penerbangan tambang murah pertama yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.\r“AirAsia Japan akan mengendalikan destinasi antarabangsa dan domestik apabila beroperasi pada Ogos 2012, selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan,” kata kenyataan yang dikeluarkan AirAsia dan ANA Group di Tokyo semalam.\rMengikut kenyataan itu, pasaran penerbangan sedang menjalani proses transformasi yang pesat, termasuk pengembangan perjanjian Langit Terbuka dan peningkatan persaingan domestik daripada perjalanan menerusi jalan raya dan landasan.\rSusulan itu, katanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, iaitu hab penerbangan antarabangsa Tokyo sedang berusaha meningkatkan kapasitinya dengan pengenalan terminal baru, justeru dijangkakan menarik kemasukan lebih banyak penerbangan asing dan tambang murah.\r\n\n\n\n\r“ANA Group sentiasa mengintai peluang untuk melancarkan perniagaan penerbangan tambang murah baru yang berpangkalan di Narita dan selepas mengkaji, ia merumuskan usaha sama bersama syarikat penerbangan tambang murah sedia ada adalah langkah paling strategik.\r“AirAsia, yang sudah membina reputasi dan jenama mantap di Asia Tenggara,   sememangnya sedang dalam proses mengenalpasti rakan niaga berpengaruh di pasaran Jepun untuk mengembangkan perniagaannya.\r“Pembentukan AirAsia Japan mengambil manfaat daripada kejayaan model perniagaan AirAsia dan melengkapi kekukuhan dua syarikat untuk menjana permintaan baru dengan matlamat mewujudkan perjalanan udara dengan harga berpatutan dan berkualiti kepada semula,” kata kenyataan itu.\rKetua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Dr Tony Fernandes dalam kenyataan itu berkata, AirAsia Japan akan membuka peluang perjalanan ke destinasi impian pada kadar tambang lebih murah.\r“AirAsia Japan bukan saja akan menjana pertumbuhan ekonomi antara Asia Tenggara dan Asia Timur menerusi akses lebih baik untuk pasaran di rantau itu, tetapi turut mengukuhkan kerjasama antara pengembaraan, perdagangan dan pelancongan,” katanya.\rPresiden dan Ketua Eksekutif ANA, Shinichiro Ito pula berkata, gabungan model perniagaan AirAsia dengan kepakaran ANA Group khususnya berkaitan pasaran Jepun, akan mewujudkan nilai baru untuk pelanggan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.092426 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list