|
Yakin pengeluaran kenderaan kembali normal selepas Ogos\rPERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) menurunkan unjurannya bagi jumlah jualan kenderaan tahun ini kepada 608,000 unit daripada 618,000 unit sebelum ini berikutan gangguan yang berlaku pada pengeluaran susulan gempa bumi dan tsunami di Jepun.\r\n\n\n\n\rDalam tempoh separuh pertama tahun ini, jualan kenderaan di negara ini susut 1.3 peratus kepada 297,203 unit berbanding 3011,115 unit sepanjang tempoh sama tahun lalu, kebanyakannya berpunca daripada penangguhan penghantaran apabila pengeluaran dijejaskan oleh kekurangan bekalan dari Jepun.\r\r\n\n\n\n\nPresidennya, Datuk Aishah Ahmad, berkata selain gangguan pengeluaran, pelaksanaan pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang menetapkan peraturan lebih ketat bertujuan melindungi kepentingan pengguna turut menjejaskan angka jualan bagi separuh pertama.\rBagaimanapun, katanya, jualan kenderaan dijangka kembali mengukuh pada separuh kedua, terutama selepas Ogos dengan dirangsang oleh pelancaran beberapa model baru selain peningkatan sentimen pengguna.\r“Industri akan kehilangan jualan beberapa unit tahun ini kerana pengeluaran tidak mampu menampung permintaan. Bagaimanapun, kami yakin sebaik pengeluaran kembali kepada normal selepas Ogos, jualan akan meningkat semula,” katanya ketika mengulas prestasi pasaran kenderaan tempatan untuk separuh pertama 2011 di Petaling Jaya, semalam.\rAishah berkata, penurunan jualan keseluruhan industri pada separuh pertama lalu kebanyakannya berlaku dalam kategori kenderaan penumpang.\r\n\n\n\n\r“Penurunan itu kebanyakannya berlaku pada suku kedua yang menyaksikan ia menyusut 12.4 peratus berbanding jualan yang dicatatkan pada suku pertama,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|