CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

Ingin tampil berbeza

[Copy link]
Post time 18-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Makin dikenali walaupun tewasBIARPUN masih baru dalam industri hiburan tempatan, namun bintang kelahiran program TV realiti Mentor, Iqa, ingin menampilkan kelainan dengan karakter tersendiri agar tidak dianggap serupa seperti artis realiti yang lain.\n\n\n\nBukan saja dari segi imej dan penampilan diri, malah dia juga ingin muncul dengan kelainan dari segi lagu yang akan dibawanya, agar mampu menarik perhatian peminat muzik.\n\n\n\n\nNamun, kekuatan yang ingin ditampilkan itu bukan hanya terletak pada diri sendiri tetapi turut membabitkan komposer yang menjadi tulang belakang kepada album sulungnya nanti, yang dijangka dapat menemui peminat awal tahun depan.Meminati lagu berentak pop rock, penyanyi berusia 25 tahun ini juga menegaskan, meskipun ada yang beranggapan vokalnya kurang sesuai untuk menyanyikan lagu berentak demikian, namun ia bukanlah halangan untuknya menempa nama dalam industri seni.Begitupun, sambil mengaku banyak lagi yang perlu dipelajarinya bagi mengukuhkan namanya dalam industri terbabit, Iqa tidak pernah memilih genre lagu yang diberikan asalkan ia bersesuaian dengan vokalnya.“Sekarang kami sedang sibuk mengumpulkan material untuk album sulung saya dan abang Edry (Edry Abdul Halim) kini giat memilih beberapa lagu untuk dijadikan demo.\n\n\n\n“Ada lima hingga enam lagu baru akan dimuatkan dalam album itu nanti termasuk satu lagu ciptaan saya sendiri,” katanya yang komited dalam usahanya mengembangkan bakat dalam bidang yang diceburinya.Pada ketika dia sedar agak sukar untuk menempa nama dalam industri berkenaan, dek wujudnya persaingan yang semakin sengit di kalangan artis, Iqa yakin dengan bakat yang dimiliki dia dan pihak yang banyak membantunya dari belakang mampu membawa dirinya ke satu tahap membanggakan serta mampu berada sebaris dengan nama-nama besar lain.“Dari awal lagi saya sudah tahu, bidang ini memang mencabar dan memerlukan kesabaran, tetapi saya percaya dengan bakat saya miliki serta sisi lain yang ada pada diri saya, ia mampu meletakkan nama saya di persada seni suara.“Kalau takut untuk ambil risiko, lebih baik saya terus bekerja di tempat lama. Tetapi dengan peluang dan keyakinan yang diberikan abang Edry, membuktikan saya yakin saya juga mampu bertapak dalam bidang ini,” katanya.Diletakkan sebagai pilihan kedua Edry di dalam program realiti itu, Iqa percaya pemilihan dirinya adalah satu rahmat di atas bakat yang dimiliki.Oleh yang demikian, Iqa tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan Edry kepadanya walaupun tewas kepada Salma dan Shiha.Meskipun gagal bergelar juara, namun Iqa dilihat lebih menonjol sejak akhir-akhir ini dan banyak peluang yang diterima penyanyi terbabit selepas keluar daripada program itu.Malah, Iqa dilihat cukup beruntung diasuh mentor seperti Edry yang sudah mempunyai perancangan rapi buat gadis berasal dari Ampang, Selangor ini untuk bergelar artis.“Selain single dan album, abang Edry ada perancangan lain untuk saya termasuk aktiviti promosi bersama artis lain di bawah jenama KRU.“Kehidupan saya kini jauh berbeza berbanding dulu dan semakin sibuk dengan undangan persembahan, tetapi saya seronok kerana itu yang saya mahukan sejak dulu lagi,” jelasnya.Minat instrumen muzikSEBELUM menyertai Mentor, Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor ialah seorang vokalis dan pemain bes bersama kumpulannya, Bottle Cap, namun selepas keluar daripada program terbabit Iqa tidak merancang untuk bergerak secara berkumpulan.Biarpun selesa bergerak secara solo, namun Iqa tidak pernah melupakan teman seperjuangannya di dalam band bahkan masih bertemu seperti biasa.“Walaupun saya memilih jalan saya sendiri tetapi mereka masih dengan saya kerana kami sudah lama bersama bergerak dalam satu kumpulan muzik.“Terasa juga nak ada band, tetapi buat masa sekarang saya lebih selesa bergerak secara solo bagi mengukuhkan nama saya di dalam industri ini,” jelasnya.Meminati instrumen gitar, dram dan bes, Iqa yang turut menggemari alat muzik keyboard bagaimanapun menegaskan dia tidak berpeluang untuk mempelajari lebih banyak instrumen.Baginya, menjadi artis serba boleh bukan saja memiliki bakat nyanyian, sebaliknya dia menyimpan impian untuk tampil sebagai penyanyi solo yang boleh memainkan pelbagai alatan muzik moden bagi menampilkan kelainan.“Saya belajar main alatan muzik seperti gitar sejak dari sekolah lagi, tetapi semua itu saya belajar secara sendiri. Saya memang tak pernah menghadiri mana-mana kelas muzik.“Sewaktu berada dalam program Mentor, abang Ajai dan Edry banyak membantu saya dalam menguasai alatan muzik sebab saya tak tahu baca nota muzik dan dari situ saya cungkil bakat dalam memainkan alatan muzik,” jelasnya.Tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini, Mentor muncul program pertandingan sulung dicuba olehnya dan dia menganggap peluang berharga yang diberikan Edry itu menjadi landasan terbaik untuknya mencipta nama dalam bidang nyanyian.“Saya memang minat abang Edry, jadi apabila saya nampak iklan Mentor di TV, terus saya mencuba nasib dan alhamdulillah saya terpilih sebagai protegenya.“Dia cakap, saya versatil dan memiliki suara yang menarik selain gaya penampilan diri. Saya senang bekerjasama dengannya dan banyak yang saya pelajari sejak bernaung di bawah KRU,” katanya.Meskipun ramai artis bernaung di bawah label berkenaan, bagi Iqa, setiap artis mempunyai cara yang berbeza dan tersendiri untuk bergelar penyanyi, malah KRU tidak pernah membanding-bandingkan artis di bawah naungan mereka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.301444 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list