CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

Giliran adik tiri Saddam dihukum mati

[Copy link]
Post time 16-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Watban Ibhrahim Hassan, Sabawi Ibrahim al-Tikriti bakal dibunuh dalam masa sebulan\rBAGHDAD: Lima  pegawai era bekas Presiden Saddam Hussein termasuk dua adik tiri beliau akan menjalani hukuman mati dalam tempoh sebulan selepas tentera Amerika Syarikat menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Iraq, kata pegawai kerajaan, semalam.\r\n\n\n\n\rMereka yang diserahkan kepada kerajaan Iraq pagi kelmarin adalah antara 206 pesalah berprofil tinggi yang ditahan tentera Amerika, menjelang pengunduran askar penjajah itu akhir tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n“Kami menerima kumpulan terakhir 206 pesalah Iraq yang ditahan tentera Amerika, termasuk lima pegawai kanan daripada rejim sebelum ini. Mereka akan dihukum mati dalam tempoh sebulan,” kata jurucakap Jabatan Kehakiman, Haidar al-Saadi.\rBeliau berkata, antara yang akan menjalani hukuman mati ialah dua adik tiri Saddam, Watban Ibhrahim Hassan dan Sabawi Ibrahim al-Tikriti. \rSelain itu, bekas Menteri Pertahanan, Sultan Hashem Ahmad; bekas panglima tentera, Jeneral Hussain Rashid al-Tikriti dan Aziz Saleh Numan, juga termasuk mereka yang diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq dan bakal dihukum bunuh.\rKelima-lima mereka sudah dijatuhi hukuman mati dalam beberapa perbicaraan berasingan.\r\n\n\n\n\r“Menteri Kehakiman, Hassan al-Shammari mengadakan perbincangan dengan majlis presiden awal minggu ini mereka bersetuju untuk tidak menangguhkan pelaksanaan hukuman mati.\rDi bawah undang-undang Iraq semua hukuman mati mesti dipersetujui secara rasmi oleh Presiden Jalal Talabani atau oleh dua naib presiden.\rSemua 206 tahanan yang diserahkan itu sebelum ini ditahan tentera Amerika di pusat tahanan Kem Cropper di pinggir Baghdad.\rSaddam yang digulingkan dalam pencerobohan tentera Amerika pada 2003, ditahan selama tiga tahun di Kem Cropper sehingga menjalani hukuman mati pada Disember 2006. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040007 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list