CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 1

CTOS diarah bayar RM200,000

[Copy link]
Post time 16-7-2011 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Maklumat kredit tak tepat bebankan bekas eksekutif  PETRONAS\rKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, memerintahkan Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada  bekas eksekutif kanan PETRONAS kerana memberi maklumat kredit yang tidak tepat kepada dua bank.\r\n\n\n\n\r  Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid, mengarahkan agensi pelapor kredit itu membayar ganti rugi itu dengan faedah sebanyak lapan peratus mulai semalam sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam penghakimannya, Siti Khadijah berkata, berikutan maklumat yang tidak tepat, plaintif, Shafie Abdul Rahman, 55, mengalami kerugian dan difitnah.\rBeliau berkata, mana-mana individu yang menjalankan perniagaan membabitkan individu lain harus mempunyai kewajipan untuk melaksanakan standard berhati-hati dan berkemahiran dalam urusan supaya tidak menjejaskan hak kebebasan asasi orang lain.\rPlaintif memfailkan saman fitnah itu pada 2006, berikutan tindakan CTOS yang menyalurkan maklumat rujukan kredit kepada Affin Bank Bhd dan Bumiputera Commerce Bhd bahawa Shafie adalah seorang muflis.\rBerikutan maklumat itu, Shafie gagal mendapatkan pinjaman untuk membeli sebuah apartmen walaupun beberapa kali menegaskan bahawa beliau bukan muflis seperti yang dinyatakan.  \r\n\n\n\n\rKatanya, isu muflis itu timbul ketika RHB Bank secara tidak sengaja memohon perintah kebankrapan terhadapnya dan disebabkan itu, satu notis kebankrapan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 17 Januari 2003.\rSelepas menyedari kesilapannya, bank itu segera meminta maaf kepadanya dan menarik balik perintah kebankrapan itu.\rShafie berkata, beliau tidak pernah diisytiharkan muflis tetapi CTOS mengutip maklumat daripada notis kebankrapan  awal yang memberi gambaran seolah-olah beliau tidak layak menjadi peminjam.\rSementara itu, dalam pembelaannya, CTOS mendakwa maklumat dalam datanya adalah berdasarkan rekod awam, termasuk institusi kewangan, akhbar dan carian di pendaftar perniagaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 02:11 PM | Show all posts
Maklumat kredit tak tepat bebankan bekas eksekutif  PETRONAS\rKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini  ...
Jurnalis Post at 16-7-2011 08:05



   padan muka!!...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058663 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list