CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Mujahidin India disyaki dalang

[Copy link]
Post time 15-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Agensi perisikan akui tak terima amaran Mumbai bakal bermandi darah lagiMUMBAI: Agensi perisikan India tidak menerima sebarang amaran sebelum letupan tiga bom yang menyebabkan 18 orang terbunuh di Mumbai, serangan terbesar sejak militan berpangkalan di Pakistan menyebabkan huru hara di pusat kewangan itu pada 2008.  \n\n\n\n   Prasangka awal tertumpu kepada kumpulan Mujahidin India yang terkenal dengan kempen pengeboman bandar ke bandar menggunakan bahan letupan yang diletak dalam restoran, perhentian bas dan jalan yang sibuk.\n\n\n\n\n   “Tiada maklumat perisikan diterima berkaitan dengan serangan militan di Mumbai. Ini bukan kegagalan agensi perisikan,” kata Menteri Dalam Negeri, Palaniappan Chidambaram.“Kami tahu mengenai serangan sebelum ini dan mereka melakukannya dengan bergerak secara rahsia. Mungkin ia membabitkan kumpulan kecil, mungkin mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.Pada masa sama, beliau menekankan masih terlalu awal untuk menuduh kumpulan tertentu tetapi turut mengatakan bahawa serangan terancang itu mungkin tindak balas daripada kejayaan polis menyekat beberapa komplot sebelum ini termasuk penahanan anggota Mujahidin India.Kumpulan itu dituduh ada hubungan dengan militan yang berpangkalan di Pakistan dan menentang pemerintahan India di Kashmir.\n\n\n\nBeberapa kumpulan pakar forensik juga dibawa dari beberapa negeri lain ke Mumbai untuk mencari bukti di tempat kejadian, kata ketua pasukan antipengganas Maharashtra, Rakesh Maria.Maria yang enggan menuding jari kepada mana-mana pihak bertanggungjawab atas serangan kali ini berkata, penyiasat berharap gambar CCTV yang diambil dari tiga lokasi kejadian dapat membantu siasatan.Pengeboman terbaru adalah serangan militan terbesar di Mumbai sejak keganasan 2008 yang membunuh 166 orang sekali gus meningkatkan tekanan terhadap jiran dan musuh nuklear Pakistan selain menyebabkan penduduk ibu kota kewangan India itu terus tertekan.Letupan itu terjadi ketika India dan Pakistan memohon untuk memulihkan hubungan.  Pemimpin Pakistan pantas mengutuk serangan itu seperti juga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Ia berlaku menjelang kunjungan Setiausaha Negara Amerika,  Hillary Clinton ke India minggu depan untuk mengadakan rundingan. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list