CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Mayat pembunuh digantung

[Copy link]
Post time 15-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Taliban dakwa bertanggungjawab hantar orang   bunuh adik Karzai\rKANDAHAR: Lelaki yang menembak mati adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai digantung di dataran awam di bandar Kandahar, di sini semalam.\r\n\n\n\n\r   Sekumpulan lelaki menggantung mayat lelaki berkenaan di dinding di Kandahar kira-kira 20 minit sebelum mereka membawanya keluar dari situ.\r\r\n\n\n\n\n  Ahmed dibunuh Selasa lalu oleh lelaki yang dikatakan daripada puak dan kampungnya, yang dikenali beliau selain  mengembara dan bekerja bersama selama tujuh tahun. Karzai adalah antara beribu-ribu penduduk menghadiri pengebumian adik tirinya.\rPresiden, ketua puak, pegawai kerajaan dan orang ramai yang menyertai solat jenazah di ibu negeri wilayah Kandahar sebelum bergerak ke kampung asal di Karz untuk pengebumian.\rPergerakan Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan Ahmed tetapi pegawai rasmi Afghan pula menafikannya dengan berkata, tidak jelas sama ada pembunuh berkenaan adalah anggota militan.\rJurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid berkata, dalam satu kenyataan bahawa anggotanya membunuh Ahmed kerana beliau bekerjasama dengan tentera Britain, Amerika Syarikat dan Kanada di selatan.   Sejurus selepas pengebumian adiknya itu, Karzai mengadakan sidang akhbar di Kandahar dan memberi mesej kepada pergerakan militan itu.\r\n\n\n\n\r“Mesej saya kepada mereka (Taliban) ialah berhenti membunuh warga senegara dan saudara seagama. Mudah untuk membunuh tetapi lelaki sejati ialah seseorang yang menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya.\rSementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, bilangan orang awam yang maut dalam enam bulan tahun ini meningkat 15 peratus berbanding tahun lalu.\rPeningkatan kematian itu berlaku selepas Amerika menghantar beribu-ribu askar tambahan ke Afghanistan. Badan dunia itu menyatakan, tahap keganasan tahun ini menjadi petanda kesan kehadiran lebih ramai askar asing.\rLaporan pertengahan tahun itu menyatakan, militan meliputi 80 peratus kematian dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)  menjadi punca 14 peratus pembunuhan manakala separuh daripada korban disebabkan serangan bom. – Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.635606 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list