CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2058|Reply: 16

Kereta Nano di Malaysia?

[Copy link]
Post time 13-7-2011 11:23 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI, 12 Julai – Tata Motors India (Tata) mungkin memilih Indonesia untuk menghasilkan model Nanonya iaitu kereta penumpang termurah dunia dan lambat laun menjadikannya pusat pengeluaran Asia Tenggara.

Laporan media seluruh India dan Asia Tenggara melaporkan yang Tata akan mengeluarkan kira-kira 50,000 buah Nano untuk pasaran tempatan dan serantau seperti Malaysia, Filipina dan Thailand.

“Memandangkan portfolionya yang meluas dan objektif untuk meluaskan perniagaan antarabangsa, Tata Motors akan terus meninjau kedua-dua, pasaran dan peluang perniagaan yang relevan,” kata jurucakap Tata Motors disebut sebagai berkata dalam Business Standard hari ini.

Nano model empat tempat duduk tiba-tiba menjadi kereta penumpang popular dunia apabila ia mengumumkan pada 2009, harganya pada RM7,000.


Syarikat gergasi auto India itu kini mengadakan perbincangan dengan PT Astra International, syarikat auto terkemuka Indonesia, dan merancang pengeluaran menjelang 2013.

Malaysia dan Thailand turut berminat untuk menarik Tata mewujudkan sebuah kilang.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat India Mac lepas, Pengerusi Tata Group Ratan Tata menyatakan minat minat bekerja dengan Proton untuk menghasilkan Nano.

Jakarta Post turut menyebut Gita Wiryawan, Pengerusi Lembaga Kerjasama Pelaburan sebagai berkata, “Tata masih menjalankan kajian kemungkinan dan kerajaan mungkin memberikan syarikat India pelepasan cukai jika projek itu terbukti menguntungkan.” –


Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 11:39 AM | Show all posts
sampai malaysia jd berapa ribu plak...ade ke org nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 12:01 PM | Show all posts


kenderaan mampu milik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 12:20 PM | Show all posts
Hari tu saya dengar TATA Nano ni ada problem, kereta ni ada defect, tiba2 boleh terbakar (bukan sbb ron95 yer   ).

Saya tgk BBC news, salah sorang owner tu, baru jer ambik nano dia dari dealer, pastu sampai rumah, tiba2 terbakar   So far tak silap saya TATA masih tak kenal pasti apa penyebabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 01:11 PM | Show all posts
kat sana RM7000...
sampai kat Malaysia maybe jadi RM21,000...
mungkin murah lagi berbanding kete lain...tapi kecik dan tak lawa la...

ngan harga yg murah, maybe laku gak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 01:31 PM | Show all posts
kalau 21k baik beli viva 660 je..baru 24k
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2011 01:43 PM | Show all posts
kalau 21k baik beli viva 660 je..baru 24k
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 02:04 PM | Show all posts
Reply  sar9eant


    tak cantik laaa...mcm anak gajah
putput Post at 13-7-2011 12:31



    anak gajah comel lg..
klau mcm katak ada line oren atas badan tu (yg selalu panggil hujan) lagi la huduh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply  sar9eant


sapelah yg wat design cam ni kan...mentang2 rege murah rupa pun hodoh ek?:sha ...
putput Post at 13-7-2011 14:53


tu la..
mcm kete Smart yg rupa tak berapa nk smart tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 03:18 PM | Show all posts
Reply  sar9eant


    mmmm...tak akan bangga memilikinya
putput Post at 13-7-2011 15:12



    lebih bangga memiliki Ipod Nano drpd memiliki Tata Nano ini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 04:43 PM | Show all posts
kalau jual kat malaysia, kalau bawah 10k, habislah ketuanan Proton BLM...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 07:16 PM | Show all posts
kereta pekak macam nie pun koman2 rm20k bila masuk malaysia............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 08:38 AM | Show all posts
ok la buat istri2 kat rumah hantar anak gi sekolah, gi market
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:41 AM | Show all posts
ok apa kereta ni boleh buat p kerja n jalan dekat2, harapnya jimat minyak, design pun praktial senang nak parking, harapnya dijual sekitar belasan ribu, koz kalau 20k+ macam forumer kata baik beli viva 660 much more spacious.. korang jgn la impikan kete harga murah design ala2 kete mahal ka..jgn la bawak mentaliti bayar 30k nak design 100k

just my 2.50cents
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:18 AM | Show all posts
sape ler sanggup pakai buggy car ni..seriau den...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 01:36 PM | Show all posts
sape ler sanggup pakai buggy car ni..seriau den...
Sagoo Post at 14-7-2011 10:18



   teman sanggup kalo bg free
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 06:33 PM | Show all posts
teman sanggup kalo bg free
maleo Post at 14-7-2011 13:36



    same la ngan kawan bleh bawa g keje.. cam ala2 bawa moto hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.047693 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list