View: 150|Reply: 0
|
Artis baru, lama serikan FFKL
[Copy link]
|
|
Penyanyi ambil peluang perkenal lagu baru kepada peminatKEGEMILANGAN Festival Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) 2011 yang berlangsung dengan jayanya selama tiga hari, dengan tema Keunikan dan Keindahan Tenun, sudah pun melabuhkan tirainya Rabu lalu.\rSelama tempoh terbabit, pereka popular dan muda tempatan berkampung di The Actors Studio, pusat beli-belah Lot 10, bagi mempamerkan hasil kreativiti mereka. Pada acara yang diadakan buat kali ketiga anjuran Unit Wanita Berita Harian itu, tujuh pereka fesyen yang berpengalaman lebih setahun dalam industri ini disenarai pendek untuk merebut gelaran Pereka Fesyen Terbaik Menerusi Anugerah Pereka Tenun Berita Harian (APTBH).\r\n\n\n\n\r Mereka adalah Ezuwan Ismail, Fizi Woo, Firz Hafiz, Mohamad Shawal Mustafa Kamal, Rico Rinaldi, Anizam Yusof dan Raja Iskandar Shazrim Sham. Hadiah kemenangan yang berupa pakej ke London yang menawarkan peluang melakukan penggambaran fesyen di kota besar itu dan menyaksikan Minggu Fesyen London, pada September nanti menjadi milik Rico Rinaldi.\r\r\n\n\n\n\n Sesungguhnya tidak sempurna perjalanan majlis selama tiga hari itu tanpa diserikan dengan persembahan daripada penyanyi tanah air. Kehadiran mereka ke majlis berkenaan menambahkan lagi kegemilangan festival terbabit. Muncul sebagai acara selingan setiap kali selepas acara persembahan fesyen, kehadiran penyanyi ini sedikit-sebanyak mengurangkan debaran pereka.\rPenyanyi yang terbabit dalam segmen persembahan pada FFKL kali ini ialah penyanyi bervokal lantang Jaclyn Victor, serta bintang program realiti Akademi Fantasia, Farhan, Haziq dan Adam. Peserta program realiti Mentor, Iqa dan Shiha turut menunjukkan bakat mereka. Begitu juga juara Bintang Idola Berita Harian 2010 dan 2011, Shima Emma dan Ad Azhar, serta kumpulan VIP, Forteen dan Sabhi Sadhi.\rKemunculan istimewa Ning Baizura yang mengiringi pertunjukan fesyen oleh bekas pemenang APTBH tahun lalu, Rizman Ruzaini, pula nyata menggemilangkan lagi suasana.\rTurut menambahkan kemeriahan ialah persembahan mak yong daripada pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan persembahan muzik daripada kumpulan Mohram.\r\n\n\n\n\rTernyata peluang membuat persembahan di pentas FFKL tidak dipersia-siakan kebanyakan penyanyi apabila mereka mengambil kesempatan itu memperkenalkan single terbaru masing-masing.\rJuara Malaysia Idol musim pertama, Jaclyn yang anggun mengenakan sari menghiburkan tetamu pada petang pembukaan festival dengan tiga lagu Inggeris iaitu Love, Fly Me to The Moon dan Mercy. Kelantangan vokal wanita ini nyata memukau perhatian tetamu.\rPersembahan kemudian ditenangkan dengan dendangan lagu asli daripada Haziq. Jejaka kelahiran Kluang, Johor itu memilih dua lagu iaitu Tak Seindah Wajah dan Pantun Budi. Manakala Farhan pula membuai jiwa penonton dengan alunan lagu Route 66 dan Getaran Jiwa.\rPersembahan pada malam pertama FFKL pula menyaksikan kemunculan Ad Azhar yang mendendangkan lagu Sedetik Lebih. Diikuti dengan persembahan bertenaga dari Shiha dengan lagu Ku Menunggu dan single darinya berjudul Bila Bertemu Mu. Sementara Sabhi Sadhi pula mengakhiri persembahan malam itu dengan lagu Closer milik penyanyi Chris Brown.\rKemunculan Adam bersama kumpulan VIP pada malam kedua FFKL membuatkan tetamu yang hadir turut ingin menari bersama. Adam bersama kumpulannya itu memilih lagu Tak Kisah dan Lagu Sedih. Shima Emma turut mengambil kesempatan itu mendendangkan singlenya, Sesaat.\rPada malam terakhir pula tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Farawahida yang mengalunkan dua lagu, That’s The Way It Is dan single barunya, Jangan Tanya Aku Lagi.\rKerancakan pentas kemudiannya diambil alih oleh kumpulan Forteen. Membawa imej ala Il Divo, empat anak muda ini menghiburkan penonton dengan dua lagu iaitu This Love dan single pertama mereka, Berdua Bersatu. Iqa pula menghiburkan penonton dengan single sulungnya, Di Penghujungnya, serta sebuah lagu Inggeris.\rManakala Ning yang anggun dengan busana rekaan Rizman Ruzaini, menutup tirai persembahan dengan dua lagu daripada album terbarunya, Dewa, iaitu Raksasa dan Bila.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|