Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah berumah tangga. Dia terpaksa akur dengan takdirnya untuk jatuh cinta kedua kalinya.Bagaimana dia merasai ketulusan isterinya sanggup untuk berkongsi kasih.
Rangkap Pertama.
Dalam hidup berumah tangga ini akan timbul segala godaan dan rintangan yang mendatang. Dalam usahanya itu ada yang tersalah fahamnya dan menganggap dia telah lupa akan kebaikan orang pada dirinya.
Rangkap Kedua.
Seringkali dia merasa bersalah dan sukar baginya melawan gelodak yang berada di dalam hatinya itu..
Rangkap ketiga
Dia cuba menyampaikan bahawa dia memahami sememangnya hidup bermadu itu bukanlah semanis seperti namanya. Tidak ramai wanita yang sanggup berkongsi kasih kerana dalam perkongsian memerlukan ketabahan dan kesabaran. Banyak rintangan dan masalah yang akan timbul.
Rangkap keempat.
Walau bagaimana payah sekali sekiranya itu adalah ketentuan dariNya dia terpaksa menerima. Dalam hukum agama berkongsi kasih bukanlah satu kesalahan. Terutama jika pihak suami dapat berlaku adil pada isteri-isterinya.
Rangkap Kelima.
Setelah memikirkan semasak-masaknya, segala kebaikan dan keburukan. Dia telah pun membuat keputusan untuk berterus terang kepada isterinya. Pada dirinya kejujuran itu adalah penting. Terharu dirinya mendengarkan persetujuan dari isterinya wlaupun dia tahu pada hakikatnya isterinya terluka. |