CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Adiq sasar kelayakan Olimpik

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Latihan pusat hanya bermula Ogos ini dikendali Beasley di Melbourne\rJUARA kebangsaan lebuh raya 2010, Adiq Hussainie Othman yang gagal mempertahankan gelarannya pada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan Ahad lalu, kini mahu menumpukan perhatian terhadap kelayakan Olimpik dengan merebut salah satu daripada tiga tempat pelumba Asia dalam acara Omnium.\r\n\n\n\n\r   “Saya tidak terkilan terlepas kejuaraan itu kerana tahap kecergasan saya bukan pada tahap terbaik ketika menyertai perlumbaan berkenaan,” kata Adiq yang menduduki tempat ke-15 pada perlumbaan di Raub, Pahang itu. \r\r\n\n\n\n\n   “Saya hanya mempunyai tempoh dua hari untuk berehat selepas tiba dari Belgium kerana menyertai jelajah bersama pasukan Drapac Porsche di sana.\r“Saya memang tidak mengharapkan kemenangan kerana pelumba kebangsaan lain terutama dari Terengganu Cycling Team (TSG) hebat-hebat belaka. Lagipun saya hanya mempunyai hanya seorang rakan sepasukan, Amir Mustafa Rusli untuk membantu, memang sukar menyaingi pasukan penuh seperti TSG.”\rBagi Adiq, 20, sasaran utama kini adalah mengutip mata ke Olimpik London dalam acara Omnium, dan latihan pusat hanya bermula Ogos ini di bawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley di Melbourne, Australia. \rPada masa sama, pelumba kelahiran Terengganu itu juga mahu membantu negara mengutip emas dalam acara Omnium, perlumbaan mata dan lebuh raya di Sukan SEA Indonesia November, nanti.\r\n\n\n\n\r“Sekarang ini saya akan berehat sebelum ke Indonesia bagi meninjau laluan perlumbaan di sana,” kata Adiq. “Selepas itu baru saya ke Melbourne untuk menyertai Drapac bagi persiapan beberapa siri jelajah rantau Asia sebelum kembali ke kem latihan skuad kebangsaan.\r“Berdasarkan perlumbaan di Raub Ahad lalu, saya dapati mutu kayuhan pelumba negara semakin berkualiti dan ini satu perkembangan baik buat skuad lebuh raya yang masih ketinggalan jauh berbanding skuad trek.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.041647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list