CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

Memori gambar P Ramlee

[Copy link]
Post time 28-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pameran koleksi foto seniman agung berlangsung di Badan Warisan Kebangsaan\rDIDORONG minat yang mendalam terhadap karya bintang lagenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Presiden Badan Warisan Kebangsaan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengambil inisiatif menganjurkan Pameran Foto P Ramlee.\r\n\n\n\n\rPameran secara percuma yang diadakan di Badan Warisan Kebangsaan, Jalan Stonor, dari 24 Jun hingga 16 Julai itu diadakan bersempena dengan Hari Seniman yang diraikan pada 29 Mei setiap tahun.\r\r\n\n\n\n\nPengunjung dapat menyaksikan koleksi foto P Ramlee milik Ahmad Sarji yang diperoleh daripada rakan-rakan, menerusi buku malah ada juga yang dikutip disebabkan minat yang terlalu mendalam kepada seniman negara itu sejak beliau berusia 12 tahun.\rAntara koleksi foto yang dipamerkan ialah aksi Allahyarham P Ramlee di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, Ahmad Albab, Anak Bapak dan banyak lagi. Juga terdapat tulisan tangan Allahyarham yang masih disimpan rakan baik pelakon berkenaan, Yusnor Ef.\rMengimbau kembali bagaimana boleh meminati P Ramlee, Ahmad Sarji berkata, beliau mula mengagumi lakonan seniman negara itu selepas menonton filem berjudul Bakti yang popular dengan lagu Merpati Dua Sejoli.\rIa adalah filem pertama P Ramlee memegang watak hero sekitar 1950. Sejak dari itu, beliau mula menjadikan P Ramlee sebagai idola dan mengumpul semua filem serta gambar-gambar Allahyarham. Setakat ini katanya, dia mempunyai tiga buah album gambar P Ramlee.\r\n\n\n\n\r“Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kecil, kami tidak mampu mengadakan majlis secara besar-besaran untuk memperingati jasa seniman negara. Jadi ini saja usaha yang dapat kami lakukan iaitu dengan mengadakan pameran foto sebagai menghargai jasa P Ramlee. Sebanyak 60 keping gambar dipamerkan dalam pameran ini,” katanya.\rMajlis pelancaran disempurnakan beliau sendiri. Selain perasmian pameran foto, pada kesempatan itu, beliau turut melancarkan semula buku P Ramlee Erti Yang Sakti dan P Ramlee The Bright Star yang ditulisnya bersama mendiang James Harding. Kedua-dua buku berkenaan pernah diterbitkan pada 1999 diikuti buku dalam bahasa Inggeris pada 2003.\rBuku yang diterbitkan oleh Pelanduk Publications ketika itu pada mulanya hanyalah keluaran terhad dan tidak dirancang untuk penerbitan semula. \rBagaimanapun memikirkan buku berkenaan elok untuk tatapan umum, ia diterbitkan semula tetapi kali ini di bawah Malaysia Publishing House (MPH).\rPengarah Urusan MPH, Datuk Ng Tien Chuan berkata, kedua-dua buku berkenaan dijual dalam bentuk box-set pada harga mampu milik iaitu RM 79. Harga yang rendah ditawarkan bagi memberi peluang khususnya kepada pelajar yang ingin membuat kajian supaya dapat menjadikan buku berkenaan sebagai bahan rujukan.\rKali ini sebanyak 1,500 cetakkan dikeluarkan yang boleh didapati di kedai buku terpilih.\rHarap lebih banyak buku dihasilkan\rAHMAD Sarji berharap lebih ramai lagi dapat membaca buku berkisar mengenai P Ramlee kerana buku berkenaan kini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. \rKatanya, buku P Ramlee: Erti Yang Sakti dan P Ramlee: The Bright Star dihasilkan berdasarkan kajian yang dilakukan di Singapura dan Indonesia serta mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan itu turut menyentuh mengenai rakan-rakan seperjuangan P Ramlee.\r“Jika menulis buku biografi, kemungkinan ramai rakan-rakan P Ramlee yang tertinggal. Jadi saya memasukkan semua orang yang terdekat dengan P Ramlee di dalam buku ini kerana jasa yang mereka sumbangkan juga besar.\r“Saya berharap melalui buku ini, lebih ramai orang akan membaca serta menghayati perjuangan penggiat filem kita. Dengan tawaran harga yang rendah, buku ini mampu dimiliki oleh semua. Saya mahu lebih ramai orang dapat meminati P Ramlee, sebab itu buku ini turut dihasilkan dalam bahasa Inggeris supaya orang luar juga dapat membacanya.\r“Semua yang terkandung di dalam buku-buku ini adalah berdasarkan fakta, saya melakukan kajian sehingga ke Singapura dan Indonesia untuk mendapatkan maklumat mengenai P Ramlee. Apa yang terkandung di dalam buku ini bukanlah rekaan,” katanya. \rBagaimanapun, beliau turut mengharapkan supaya ada orang yang berminat untuk terus menulis lagi buku mengenai P Ramlee kerana ada beberapa perkara yang menjadi kemusykilan belum terjawab, contohnya kelayakan  filem Semerah Padi untuk menang di Festival Filem Asia Pasifik. \r“Saya difahamkan ada beberapa babak dalam filem itu yang tidak disukai penganjur menyebabkan ia tidak terpilih. Jika ada pihak yang sudi membuat kajian tentu sekali menarik, saya bukan tidak mahu melakukan kajian berkenaan tetapi saya sentiasa sibuk. Masa tidak mengizinkan saya untuk menulis buku,” katanya.\rAntara rakan P Ramlee yang hadir pada majlis pelancaran pameran foto dan buku itu ialah Tan Sri Jins Shamsuddin, Mariani dan Yusnor Ef.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.474629 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list