CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 1

Giliran Rahmat berhijrah

[Copy link]
Post time 24-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Fasa baru kehidupannya tidak bermakna kerjaya seni ditinggalkan“DALAM perjalanan ini, Menuju destinasi, Berbagai lebuh raya dilalui, Perjalanan ku terhenti, Di lebuh raya ini, Terpandang pusara diam menyepi”\rBait lirik lagu Pusara Di Lebuh Raya ini seolah-olah memberi makna mendalam kepada penyanyinya yang juga bekas vokalis kumpulan Ekamatra, Rahmat.\rLebuh raya yang dimaksudkan oleh Rahmat adalah satu metafora atau perlambangan kepada liku-liku kehidupan yang dilalui oleh penyanyi ini. Perjalanannya dalam dunia seni memang seakan-akan terhenti seketika. Dan dia sekarang meneruskan perjalanan itu tetapi tampil dengan imej baru. \r\rFasa baru dalam hidupnya apabila tampil dengan konsep lagu dan imej yang berbeza berbanding identiti sebagai penyanyi ‘rock kapak’ yang popular ketika era tahun 80-an dan 90-an.\r\n\n\n\n\n\rMemang terpana melihat perubahan ketara yang dapat dilihat ketika Rahmat hadir ke Studio Hip baru-baru ini dengan imej yang cukup berbeza. Bayangkan, Rahmat yang kita kenali dulu sebati dengan imej berseluar koyak, baju T sendat dan sentiasa tampil ranggi, tetapi sekarang mengenakan jubah dan berketayap.\rDiajukan mengenai perubahan yang berlaku pada dirinya, Rahmat terdiam seketika.  Menyifatkan penghijrahan yang berlaku terhadap dirinya di luar jangkaan, dia secara peribadi tidak pernah terfikir atau meletakkan sasaran masa yang sesuai untuk berubah.\r“Saya mula berubah secara perlahan-lahan apabila banyak membaca buku-buku agama, terutama mengenai Nabi Muhammad s.a.w. Sejak itu, saya mula menghadiri kelas agama untuk mendalami ilmu keagamaan yang sudah lama ditinggalkan.\r“Saya akui, dulu agak alpa dan terlalu mengejar dunia semata-mata, tetapi lama kelamaan saya sedar dan apa yang membuatkan saya lebih tersentuh, apabila rakan-rakan yang rapat dengan saya seperti Loloq dan Zubir Ali pulang ke rahmatullah secara mengejut,” kata Rahmat menceritakan serba sedikit penghijrahan yang dialaminya.\rTidak pernah terfikir meninggalkan bidang nyanyian meskipun telah melalui fasa baru dalam hidupnya, Rahmat yang pernah tampil dengan 14  album termasuk album solo dan kompilasi, kini muncul dengan buah tangan terbaru berkonsepkan dakwah Semarak Cinta Rasulullah.\rApa yang menarik, kelainan album  yang diterbitkan oleh Safa Production ini bukan sahaja kerana Rahmat menyampaikan lagu berbentuk kerohanian, tetapi lima lagu yang terdapat dalam album ini kesemuanya dalam bahasa Arab.\r“Ketika mula belajar agama, saya banyak mendengar lagu dan membaca karya berbentuk keagamaan dalam bahasa Arab. Dari situlah titik permulaan yang mencambahkan minat saya untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab,” kata Rahmat yang sudah 23 tahun menceburkan diri dalam bidang nyanyian.\rAlbum terbarunya itu akan dilancarkan pada 3 Julai depan di Dewan Muktamar Pusat Islam, di ibu negara. Rahmat mengharapkan peminat terutama yang pernah mengikuti perkembangan kumpulan Ekamatra terus memberi sokongan dengan mendapatkan album yang memberikan kelainan dan mesej berguna.\r“Walaupun album ini berkonsepkan dakwah, saya turut mengharapkan peminat rock dapat menghayati  lagu yang terdapat dalam album ini kerana alunan melodi  yang indah dan gemersik mampu membuai jiwa dan nurani kita sebagai sebagai seorang hamba Allah.\r“Tambahan, peminat yang membeli album ini turut dapat menyumbang kepada Yayasan Safa kerana sebahagian hasil jualan album ini akan disalurkan bagi membantu dan membiayai  pengajian pelajar tahfiz di situ,” kata Rahmat yang kelihatan lebih tenang dan sentiasa merendah diri ketika berbicara.\rElak peminat keliru\rRahmat atau nama penuhnya, Engku Rahmat Engku Ismail, kelahiran Kota Tinggi, Johor ini mengakui  banyak menolak tawaran persembahan yang mahu dia menyanyikan lagu-lagu pada zaman kegemilangannya sama ada secara solo atau bersama Ekamatra.\r“Buat masa ini, saya mahu berehat seketika daripada menyanyikan lagu-lagu berunsur cinta dan tangkap leleh, biarpun ramai peminat masih meminta saya menyanyikan lagu-lagu hits yang pernah menaikkan nama saya dalam bidang seni dulu.\r“Bukan sengaja menolak permintaan mereka, tetapi dengan imej dan perubahan yang saya tampilkan kini, rasanya lebih elok jika saya fokus kepada album baru yang berunsurkan kerohanian. Bimbang peminat keliru akan muzik yang saya bawakan kini,” katanya memberi penjelasan itu agar tidak timbul cerita kurang enak di kemudian hari.\rBagaimanapun, Rahmat mengakui masih menyimpan koleksi pakaian yang pernah dipakai ketika menampilkan imej rock yang pernah sebati dengan dirinya dahulu sebagai kenangan yang tidak mungkin akan lenyap daripada ingatannya sampai hujung hayatnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 04:21 PM | Show all posts
Alhamdllh.....tingt zaman2 dia ekamatra meletop dlu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.525080 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list