|
Widya harap langkahnya dalam kerjaya lakonan boleh pergi lebih jauhWAJAHNYA seumpama perempuan Melayu terakhir. Nampak semula jadi tanpa calitan solekan tebal tetapi masih mampu membuatkan mana-mana jejaka berpaling dua kali ke arahnya dengan hanya melontarkan senyuman manis.\rMungkin keunikan wajahnya dan pakej yang ada pada personalitinya itu antara sebab dia diberi penghargaan membintangi drama bersiri Alauddin yang kini sudah mula bersiaran di TV AlHijrah?\r\n\n\n\n\rKehadirannya itu pula dilihat bakal meninggalkan kesan mendalam dengan membawa watak utama sebagai Raja Fatimah, bergandingan pula bakat muda yang tidak kurang juga ketampanannya, Lash Mokhtar sebagai Sultan.\r\r\n\n\n\n\nKetika ditemui baru-baru ini, empunya nama yang cukup sedap didengar, Widya Irani, cukup ramah mengatur bicara berkenaan dirinya dan perjalanan kariernya yang masih jauh untuk ditempuhi.\r\"Saya bermula dari pentas program Anak Wayang dan antara 25 finalis pada program itu. Walaupun tidak memenangi program berkenaan, saya tidak putus asa untuk memulakan kehidupan sebagai anak seni,\" katanya.\rMasih tersipu-sipu ketika ditemubual mungkin kerana masih baru dalam arena seni, Widya memberitahu dia pada mulanya menjadikan bidang seni secara sambilan sebelum berubah fikiran untuk terus berada dalam dunia yang diminatinya itu.\rDalam drama Alauddin yang dilihat berpotensi melangkah lebih jauh dalam drama epik tanah air , gadis lemah lembut kelahiran Pahang ini membawa watak sebagai Raja Fatimah, isteri pertama kepada Sultan Alauddin yang tidak dapat melahirkan anak dan berkongsi kasih bersama, Tun Senaja, isteri kedua kepada Alauddin.\r\n\n\n\n\r\"Ini tugasan pertama dalam bidang seni yang cukup mencabar dan saya bersyukur kerana diberi penghargaan memegang watak dalam penceritaan Alauddin ini.\r\"Sebelum ini, saya hadir untuk uji bakat untuk watak kakak kepada Alauddin sebelum kak Liza (produser) tukar watak saya kepada watak permaisuri, iaitu isteri kepada Sultan Alauddin,\" katanya jujur.\rMenceritakan serba sedikit naratif drama epik yang dibintanginya ini, Widya menerangkan watak yang dibawakan itu berkisarkan kepada watak Raja Fatimah yang berdarah raja, yang dikahwinkan atas pilihan nenda Alauddin.\r\"Kiranya watak Raja Fatimah dan Sultan Alauddin ini adalah sepupu jauh yang jodohnya atas tangan keluarga. Di sini saya perlu membawa watak dan konflik dalaman antara Raja Fatimah dan Alauddin yang tidak tidur sebilik dan tidak mesra.\r\"Namun dalam pada masa itu juga, Raja Fatimah banyak membantu Alauddin dalam urusan pentadbiran,\" katanya yang mengakui banyak menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada produksi dan artis berpengalaman lain.\rMengakui baru sangat baru dalam bidang lakonan, membuat dia melakukan kerja rumah dengan mencari banyak sumber termasuk internet untuk memahami dan seterusnya menghayati karekor Raja Fatimah.\rTernyata inisiatif yang dilakukan itu memang tidak sia-sia kerana bukan saja mencari maklumat yang diperlukan tetapi juga memperolehi pengetahuan am berkaitan dengan sejarah kesultanan Melayu. \r\"Semua ini untuk membantu saya mengenali Raja Fatimah dengan lebih dekat lagi dan akhirnya saya jatuh hati pada watak Raja Fatimah ini yang bijaksana dengan membantu suaminya memimpin seperti Harun Al Rasyid. Baginda permaisuri juga adalah seorang yang suka memendam rasa dan penyabar,\" katanya yang gemar membaca bagi menambah ilmu di dada.\rSedar bahawa untuk berada di landasan seni perlukan kesungguhan, kemahiran dan kelebihan tersendiri bagi menempa nama sebaris dengan pelakon terkenal lain, gadis ayu berusia 29 tahun ini bakal mengambil kelas lakonan bagi memantapkan lakonannya.\r\"Saya sudah berkira-kira untuk ambil kelas lakonan dan mahu beri yang terbaik dalam perjalanan sebagai anak seni,\" katanya yang tuurt meminati bidang pengacaraan.\rAnak kedua dari tujuh beradik ini juga berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menyokong perjalanan yang mahu ditempuhinya ini dan kepercayaan yang diberikan keluarganya akan digenggam sebaik mungkin.\r\"Walaupun tidak seorang pun dari keluarga saya berada dalam bidang seni mereka tetap menyokong kemahuan saya.\r\"Saya akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin,\" katanya yang mengakui hatinya masih belum dimiliki mana-mana lelaki.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|