View: 151|Reply: 0
|
Lubnan bakal pamer aksi lebih konsisten
[Copy link]
|
|
KEPUTUSAN seri di gelanggang sendiri di Beirut, Ahad lalu memaksa skuad Olimpik Lubnan turun dengan aksi lebih konsisten pada perlawanan kedua bertemu Malaysia, di Stadium Bukit Jalil, malam ini.\rAksi mantap dan bertenaga selain kekentalan benteng pertahanan anak didik Ong Kim Swee membuatkan jurulatih Lubnan, Samir Saad menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi merobek gawang skuad negara.\r\n\n\n\n\r Lubnan yang sebelum ini pernah menewaskan Qatar 1-0 dalam perlawanan persahabatan berbanding Malaysia yang tewas 0-4, yakin statistik itu menceritakan potensi sebenar mereka.\r\r\n\n\n\n\n “Kita hanya diberi dua bulan untuk membentuk pasukan ini dan kami mengharapkan pemain dapat menunjukkan permainan lebih baik esok (malam ini) supaya kemenangan menjadi milik kami.\r“Malaysia mempamerkan aksi baik di Beirut dan kali ini kelebihan ada bagi mereka kerana bermain di gelanggang sendiri dengan sorakan penyokong tuan rumah yang ramai, tetapi kami tetap dengan misi untuk menang,” kata Samir dalam sidang media di Wisma FAM, semalam.\rDitanya tekanan diterima pasukannya terutama untuk memastikan kemenangan, Samir berkata, semuanya bergantung kepada pemain.\r“Tekanan dirasai pasukan Malaysia dan Lubnan, apa yang lebih penting ialah pemain kami sudah cukup bersedia untuk berdepan Malaysia,” katanya yang menganggap tempoh dua hari berada di negara ini cukup berharga walaupun ruang waktu rehat agak singkat.\r\n\n\n\n\r“Persekitaran di sini baik dan kami yakin pemain Lubnan sendiri akan lebih bersemangat jika melihat ramai penyokong Malaysia memenuhi stadium,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|