View: 237|Reply: 1
|
FIA larang ubah suai enjin
[Copy link]
|
|
Tidak boleh sentuh jentera selepas sesi kelayakan, perlumbaan sebenarPARIS: Pasukan Formula Satu (F1) tidak lagi boleh menukar atau mengubah suai enjin dalam tempoh permulaan sesi kelayakan dan perlumbaan sebenar, menurut satu surat yang dihantar badan induk sukan permotoran antarabangsa (FIA).\rSatu salinan surat itu yang diperoleh mendedahkan walaupun pasukan tidak melanggar mana-mana peraturan dengan membuat pengubahsuaian terhadap enjin, FIA yakin ia berlawanan dengan semangat ’parc ferme’ iaitu istilah untuk kereta yang diparkir dan tidak boleh disentuh.\r\n\n\n\n\r Seorang jurucakap FIA mengesahkan kandungan surat itu.\r\r\n\n\n\n\n “FIA, pihak berkuasa yang mengawal selia F1, memaklumkan kepada setiap pasukan bahawa selepas menganalisa statistik daripada tujuh perlumbaan awal, didapati ada perbezaan ketara daripada segi prestasi enjin kereta pasukan tertentu,” kata jurucakap itu.\r“Falsafah kami sangat mudah iaitu badan induk kawal selia akan campur tangan apabila mendapati peraturan tidak dipatuhi atau kerana peraturan itu memberi kelebihan untuk disalah guna kerana terlalu banyak kelonggaran diberikan.”\rFIA mengeluarkan surat untuk memberi penerangan teknikal lebih lanjut mengenai perkara itu.\r“Sudah menjadi kebiasaan bahawa beberapa pelarasan kawalan enjin sering kali ditukar ketika kereta diparkir selepas menamatkan sesi kelayakan,” katanya. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|