View: 194|Reply: 0
|
Chelsea tak rela Drogba ke Spurs
[Copy link]
|
|
Penyerang Ivory Coast itu kini turut diintai Malaga, Galatasara, AC Milan\rLONDON: Chelsea akan menghalang Didier Drogba daripada menyertai kelab Inggeris lain andai pemain itu mahu dijual oleh jurulatih baru, Andre Villas Boas.\rPenyerang 33 tahun itu adalah sasaran untuk perpindahan ke Tottenham Hotspur manakala Villas-Boas berkata dia lebih suka untuk membawa masuk penyerang Porto, Radamal Falcao - yang dilabel sebagai antara penyerang terbaik di dunia.\r\r Falcao, 25, secara keseluruhan menjaringkan 73 gol dalam 85 perlawanan untuk Porto sepanjang tempoh lebih dua tahun dan ketibaannya di Stamford Bridge pastinya bakal menamatkan pembabitan Drogba ekoran Fernando Torres juga bersama The Blues.\r\n\n\n\n\n\rBagaimanapun, Chelsea tidak mahu mengambil risiko Drogba bakal memberi masalah kepada mereka jika menyertai salah sebuah kelab pencabar mereka dalam Liga Perdana Inggeris.\rMalaga, Galatasaray dan AC Milan semua berminat mendapatkan khidmat penyerang Ivory Coast itu, walaupun ketua eksekutif Chelsea, Ron Gourlay mendakwa Drogba masih mempunyai masa depan di kelab London itu tatkala penyerang itu sudah pun mula mempertimbangkan pilihan dimilikinya.\rMalaga yang kini mempunyai banyak wang ekoran sokongan oleh jutawan Qatar, Sheikh Abdullah Al-Thani, melihat Drogba sebagai gandingan sesuai untuk beraksi dengan Ruud van Nistelrooy, musim depan.\rKelab itu sudah pun membelanjakan 10 juta pound (RM49.20 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Perancis, Jeremy Toulalan dari Lyon dan yakin pemain seperti Drogba boleh membantu mereka mengharungi perlawanan besar. - Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|