View: 175|Reply: 0
|
Adiq mahu tawan Teluk Intan
[Copy link]
|
|
Juara bertahan kategori Wira itu hanya sekali naik podium musim ini\rKURANG berpuas hati dengan pencapaiannya pada empat pusingan lalu, Mohd Adib Rosley mengintai peluang untuk menjuarai Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, hujung minggu ini.\r\n\n\n\n\r Juara bertahan kategori Wira 2010 itu hanya menjejakkan kaki sekali di atas podium pada Pusingan 3 di Terengganu manakala keputusan terbaik lain hanya di tangga keempat di Putrajaya (Pusingan 4) dan tempat kelima di Pusingan 2 di Batu Kawan. \r\r\n\n\n\n\n Dia gagal melayakkan diri pada pusingan pembuka tirai di Kangar dan dengan 40 mata daripada empat pusingan, penunggang Motul Yamaha YY Pang itu sekadar menduduki tangga keempat keseluruhan dalam kelas Wira.\rAdib tercicir 35 mata di belakang pendahulu, Mohd Hafiza Rofa (Faito YSP Racing), diikuti Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) dengan 64 mata manakala rakan sepasukan Adib, Nurahmad Fariz\rnazreen di tangga ketiga (59 mata).\rPrestasi yang merosot mendadak berbanding lapan kali di podium musim lalu termasuk enam kali bergelar pemenang, cukup mengecewakannya.\r“Keputusan tahun lalu begitu menakjubkan tetapi musim ini, saya menghadapi banyak kesukaran untuk mengulanginya. Jentera Yamaha saya tidak mempunyai kelebihan apabila berada pada kelajuan maksimum berbanding Hafiza dan Zulsyafiz.\r“Tambahan pula, kemampuan pelumba muda ketika ini begitu baik dan memberikan saingan sengit. Saya akui sukar untuk menyaingi mereka,” kata penunggang 17 tahun itu.\rNamun Adib yakin peluang untuk muncul juara di Teluk Intan tetap ada kerana ia antara litar kegemarannya, selain menaruh keyakinan nasib akan memihaknya kali ini.\r“Di litar ini ada banyak selekoh berkelajuan tinggi dan saya cukup menggemarinya. Jentera Yamaha saya pula menunjukkan peningkatan konsisten dan saya mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding pelumba lain. Gabungan semua elemen ini diharap dapat membantu saya mencatat kemenangan di Teluk Intan.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|