CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

McIlroy hampiri kejuaraan Terbuka AS

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pemain Ireland Utara terus dahului saingan selepas tamat pusingan ketiga\rBETHESDA (Maryland): Rory McIlroy melebarkan pendahuluannya di kejohanan golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada lapan pukulan apabila mencatatkan satu lagi pencapaian rekod pusingan kejohanan itu iaitu catatan terendah 54-lubang apabila menghimpun 68 pukulan pada pusingan ketiga, kelmarin.\r\n\n\n\n\r     Pemain Ireland Utara berusia 22 tahun itu yang menjadi pemain pertama mencatat rekod kejohanan dengan catatan 13-bawah dalam laluannya menamatkan permainan 36 lubang, mencatatkan rekod 131 pukulan Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\n     McIlroy menghimpun 14 bawah par 199 dan melepasi rekod 54 lubang yang dipegang pemain Amerika pada 2003, Jim Furyk dengan satu lagi prestasi sensasi yang membantunya meningkatkan kelebihan yang dipegangnya dengan tambahan dua pukulan.\r“Saya sangat gembira dengan prestasi hari ini dan hanya perlu melakukan seperti itu untuk 18 lubang lagi,” kata McIlroy, yang memegang pendahuluan dalam enam daripada tujuh pusingan terakhir kejohanan utama yang disertainya tetapi masih memburu kejuaraan utama pertama.\rKetinggalan tidak jauh di belakang ialah pemain Korea Selatan, Yang Yong-eun yang mencatat satu bawah par 70 untuk jumlah keseluruhan 6 bawah 207.   \r“Saya rasa ia hanya tinggal pertarungan untuk merebut tempat kedua,” kata Yang menerusi seorang penterjemah.\r\n\n\n\n\r“Namun, pada masa sama, tiada siapa benar-benar tahu. Dia mungkin boleh mencatatkan empat atas dan saya mungkin boleh mencatat empat bawah par.” \rSatu pukulan di belakang Yang ialah pemain nombor dua dunia, Lee Westwood dari Britain (65), pemain 23 tahun, Jason Day dari Australia (65) dan pemain Amerika, Robert Garrigus (68).    \rTerikat pada kedudukan 4 bawah par ialah pemain Sweden, Fredrik Jacobson (66) yang pada satu ketika memerlukan satu pukulan putt cemerlang untuk mencatat 5 bawah, pemain Sepanyol, Sergio Garcia (69) dan pemain Amerika, Matt Kuchar (69). – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046239 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list