CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Karathu mahu Kelantan fokus mental

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KELANTAN jelas  mendapat semula keyakinan dan mahu terus menyambung rentak kemenangan  apabila menentang Sabah dalam perlawanan terakhir Liga Super di Kota Kinabalu pada 6 Julai ini - hari penting yang bakal menentukan apakah mereka bakal bergelar juara baru.\rIa juga hari bermakna buat juara bertahan, Selangor dan juara baru Piala FA, Terengganu yang memiliki peluang sama memburu pengiktirafan selaku pasukan bola sepak terbaik negara.\r\n\n\n\n\r  “Kami mempunyai masa panjang sebelum berkunjung ke Sabah dan saya harap pemain mampu memantapkan mental dan fizikal dalam menghadapi perlawanan terakhir Liga Super di tempat lawan nanti,” kata ketua jurulatih, Datuk M Karathu, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  “Kita turun dengan misi menamatkan saingan Liga Super memburu kemenangan sekali gus untuk merealisasikan harapan mencapai gelaran liga musim ini.”\rWalaupun menang tipis 1-0 ke atas Perak di gelanggang sendiri, malam kelmarin, pengendali berkenaan tetap memuji kesungguhan anak buahnya bertarung dengan semangat juang tinggi.\r“Saya tak kisah berapa gol kita jaring kerana yang penting keputusan akhir perlawanan memberi tiga mata penting kepada Kelantan ketika saingan Liga Super semakin hampir kemuncaknya,” katanya.\rNorshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-53.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.685476 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list