CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Qatar baham skuad Olimpik

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Anak didik Kim Swee diratah lawan dalam siri persahabatan  di Doha\rONG Kim Swee memilih tidak menurunkan kesebelasan utama dan kesudahannya adalah skuad Olimpik negara tewas kepada Qatar 4-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Doha, awal pagi semalam.\r\n\n\n\n\r  “Inilah hakikat yang perlu kita terima apabila berdepan pasukan handal seperti Qatar,” kata ketua jurulatih itu yang memilih untuk tidak menurunkan kesebelasan utamanya. “Amat rugi jika pemain kita cedera pada perlawanan ini kerana misi utama ialah menentang Lubnan pada 19 Jun nanti.”\r\r\n\n\n\n\n   Skuad Olimpik negara dikejutkan dengan gol seawal 10 saat pertama sebaik sepak mula apabila bola yang cuba dikeluarkan pemain pertahanan dapat disambar penyerang Qatar sebelum melepaskan rembatan melepasi Izham Tarmizi Roslan. \rSelang tujuh minit, tuan rumah sekali lagi membolosi gawang negara sebelum menambah dua jaringan dalam babak pertama.\r“Berbanding Qatar yang sebelum perlawanan ini menghabiskan tempoh tiga bulan berlatih di Madrid, Sepanyol dan sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan simpanan Real Madrid yang berkeputusan seri 2-2, bekalan pemain-pemain kita hanya saingan Liga Malaysia dan pertemuan dengan Kemboja.\r“Saya rasa jika kita lebih banyak mengadakan perlawanan dengan pasukan handalan seperti ini, keputusan lebih baik mampu dicapai. Bagaimanapun pada babak kedua, pemain kita mula mendapat rentak dan berjaya mencipta sekurang-kurangnya enam peluang dan satu sepakan penalti yang diselamatkan penjaga gol tuan rumah.\r\n\n\n\n\r“Dari sini kita dapat lihat kemampuan sebenar pemain negara sekiranya mendapat pendedahan lebih awal sebelum berdepan lawan seperti Qatar. Saya anggap ia sebagai pelajaran terakhir sebelum menyahut cabaran Lubnan pada pusingan kedua kelayakan Olimpik minggu depan.”\rPada perlawanan berkenaan, Kim Swee tidak menurunkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan Terengganu, Zubir Azmi yang menyertai skuadnya lewat sehari selepas mengharungi final Piala FA Sabtu lalu.\rSebelum ini, skuad Kim Swee tewas kepada Kemboja 1-0 dalam satu lagi perlawanan persahabatan dan dia masih menaruh harapan mereka dapat mengubah nasib di Beirut nanti.\r“Saya ibaratkan pemain ini seperti bom jangka, dalam sekelip mata mereka boleh meletup dan mempamerkan permainan cemerlang, tetapi pada masa sama juga mampu menjadi duri dalam daging kepada pasukan apabila melakukan kesilapan. Saya harap dua kekalahan ini akan menjadi pengajaran terbaik buat mereka.”\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038986 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list