View: 132|Reply: 0
|
Final tenis Kelab Queen dijadual semula
[Copy link]
|
|
LONDON: Hujan lebat membasahi gelanggang rumput pada final kejohanan tenis Kelab Queen kelmarin dengan perlawanan antara pemain Britain, Andy Murray dan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga terpaksa dijadualkan semula.\rPenganjur berharap dapat melangsungkan perlawanan sebelum hujan dijangka turun dengan menginjakkan perlawanan beberapa jam lebih awal tetapi hujan turun lebih awal.\r\n\n\n\n\r Perlawanan itu secara rasmi dibatalkan sejurus sebelum jam 6 petang waktu tempatan.\r\r\n\n\n\n\n Pilihan kedua, Murray mempamerkan prestasi menakjubkan ketika menyingkirkan Andy Roddick di separuh akhir dalam usaha memenangi kejuaraan itu buat kali kedua selepas menjuarainya dua tahun lalu.\rIa adalah kali ketiga kejohanan yang menjadi tradisi pemanas badan sebelum Wimbledon itu dilanjutkan sehingga ke Isnin akibat masalah cuaca, sama seperti 1979 dan 1987.\rMurray, 24, yang sekali lagi memikul harapan Britain yang sudah lama ingin menyaksikan rakyatnya memenangi kejuaraan lelaki Wimbledon minggu depan, menggunakan masa terluang dengan bermain ping pong dan berbual-bual dengan rakan tenis di laman sosial Twitter. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|