View: 161|Reply: 0
|
Button gah bangkit tawan GP Kanada
[Copy link]
|
|
Berjaya rampas podium selepas ketinggalan hampir separuh daripada kelompok pemandu lain\rMONTREAL: Apa yang pada mulanya dianggap sebagai hari terburuk buat Jenson Button selaku pemandu Formula Satu (F1) bertukar kepada hari terbaiknya apabila pemandu Britain itu mempamer pemanduan terhebat untuk mencuri kemenangan daripada pemandu Red Bull, Sebastian Vettel di Grand Prix Kanada, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Vettel menamatkan saingan di tempat kedua, di depan rakan sepasukannya dari Australia, Mark Webber dalam perlumbaan kelam kabut yang dihentikan lebih dua jam akibat hujan yang membasahi Litar Gilles Villeneuve. \r\r\n\n\n\n\n Hari yang mendung dan hujan menjadi lebih buruk buat McLaren apabila Button menghimpit rakan sepasukannya Lewis Hamilton hingga melanggar tembok dan terkeluar daripada saingan hanya selepas lapan pusingan.\rPergaduhan dengan pemandu Ferrari dari Sepanyol yang juga juara dunia dua kali, Fernando Alonso, enam kali memasuki laluan pit — lima kali untuk hentian biasa dan satu akibat penalti — menambah petang buruk buat pemandu Britain berusia 31 tahun itu sebelum bertukar kepada apa yang dianggap kebangkitan paling dramatik.\rKetinggalan hampir separuh daripada kelompok pelumba selepas terperangkap dalam kelompok pelumba belakang, Button mengintai untuk memintas Vettel ketika pusingan terakhir yang membuatkan pemandu Jerman itu tertekan dan melakukan kesilapan ketika mengambil selekoh.\r“Tiba-tiba tatkala saya sedang mengejar Seb pada pusingan terakhir, dia tersasar ketika mengambil selekoh dalam keadaan litar basah dan membolehkan saya memintasnya dan menang,” kata Button.\r\n\n\n\n\r“Ini adalah satu daripada grand prix yang anda pada awalnya tiada peluang dan kemudian mendapat peluang, kemudian tiada peluang lagi dan kemudian berpeluang semula.\r“Bertarung dari kelompok pertengahan hampir sebagus memenangi perlumbaan.\r“Seperti yang sering kita katakan, pusingan terakhir paling penting untuk kita mendahului dan saya mendahului separuh daripadanya.”\rKemenangan itu adalah yang yang ke-10 dalam karier Button dan pertama untuknya di Amerika Utara. – Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|