View: 144|Reply: 0
|
Jaringan lewat Welbeck ikat Sepanyol
[Copy link]
|
|
HERNING (Denmark): Gol penyamaan lewat Dan?ny Welbeck membantu Eng璴and untuk berkongsi mata de璶gan Sepanyol dalam perlawanan pembukaan kelayakan Kumpulan B kejohanan bola sepak Bawah-21 Eropah, kelmarin.\rSepanyol lebih dulu di depan pada babak pertama menerusi tandukan Ander Herrera pada minit ke-14, walaupun ulang tayang televisyen menunjukkan bola terkena tangannya terlebih dulu sebelum memasuki gawang.\r\n\n\n\n\rEngland hanya bangkit memberi saingan pada babak kedua dan kedua-dua pasukan mencipta beberapa peluang sebelum pemain Manchester United itu menewaskan penjaga gol Sepanyol, David De Gea yang menjadi sasaran perpindahan kelab, dengan jaringan penyamaan Welbeck pada minit ke-88.\r\r\n\n\n\n\nTerdahulu, Republik Czech menewaskan Ukraine hasil dua gol pada babak kedua Boreck Dockel.\rPemain tengah Slovan Liberec itu meledakkan satu jaringan menarik untuk membolehkan Republik Czech mendahului pada minit ke-49 sebelum menjaringkan gol kedua tujuh minit kemudian.\rUkraine bangkit merapatkan jurang menerusi pemain gantian Biliy pada lewat permainan tetapi Republik Czech mengekalkan kedudukan itu hingga tamat perlawanan dan meraih tiga mata untuk mengungguli Kumpulan B. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|