View: 179|Reply: 0
|
Kontinjen MSSM muncul juara SIPMA
[Copy link]
|
|
KONTINJEN Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SIPMA) 2011 yang berakhir di Melaka, semalam.\rLebih manis, atlit kontinjen berkenaan, Nik Norzilawatie Nik Wil diumumkan Olahragawati kejohanan atas kecemerlangan mencipta rekod acara 800 dan 1,500 meter manakala atlit renang Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Clement David Leong diumumkan Olahragawan di atas kejayaan meraih enam emas.\r\n\n\n\n\r Dibarisi atlit berusia 18 tahun ke bawah, MSSM tidak menghadapi masalah menyaingi majoriti lawan berusia bawah 23 tahun, sebaliknya unggul dengan kutipan 53 pingat emas, 47 perak dan 18 gangsa manakala MASUM naib juara (26-15-18) dan ketiga, Majlis Sukan Politeknik Malaysia (7-10-9).\r\r\n\n\n\n\n Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyampaikan hadiah kepada pemenang serta merasmikan acara penutup di Dewan Politeknik Merlimau. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Melaka, Datuk Gan Tian Loo.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|