CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Poland kejukan pasukan eksperimen Argentina

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
WARSAW: Tuan rumah bersama Euro 2012, Poland menewaskan pasukan eksperimen Argentina 2-1 dalam perlawanan persahabatan kelmarin, menghumban barisan Amerika Selatan itu kepada kekalahan kedua dalam jelajah dua perlawanan yang mengecewakan.\rKekalahan itu hadir sehari selepas FIFA mengumumkan ia menyiasat kemungkinan mengatur perlawanan pada kekalahan 4-1 Argentina di Nigeria Rabu lalu ketika kedua-dua pasukan dianugerahkan penalti kontroversi.\r\n\n\n\n\r    Jurulatih Sergio Batista, menurunkan pemain barisan kedua yang berpangkalan di Eropah, turut dikritik presiden FA Argentina, Julio Grondona, yang berkata imej pasukannya menjadi pertaruhan.\r\r\n\n\n\n\n    Pemain gantian, Pawel Brozek menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-67 ketika Poland, seperti Nigeria, menampilkan corak permainan pantas di bahagian serangan manakala Argentina gagal menerapkan penguasaan bola yang diamalkan Batista.\rPemain tengah, Adrian Mierzejewski memberikan pendahuluan buat tuan rumah pada pertengahan babak pertama, mudah menewaskan pertahanan dan tidak memberikan peluang kepada penjaga gol, Adrian Gabbarini.\rPeluang terbaik Argentina hadir dua minit memasuki separuh masa kedua yang menjurus kepada penyerang Marco Ruben menyamakan kedudukan apabila berpusing ke kanan untuk meledakkan rembatan silang ke penjuru bawah gawang dikawal Wojciech Szczesny.\rArgentina bersedia untuk menganjurkan Copa America bulan depan tetapi hanya dua pemain berada dalam rombongan disenaraikan dalam skuad awal 26 pemain Batista, Selasa lalu. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062906 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list