View: 150|Reply: 0
|
Strauss-Kahn tidak mengaku salah kes serangan seksual pekerja hotel
[Copy link]
|
|
NEW YORK: Bekas ketua pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn, 62, semalam mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja sebuah hotel di New York, dalam satu kes yang menyebabkan beliau hilang jawatan dan peluang bertanding calon Presiden Perancis.\rBeliau yang memakai sut berwarna gelap, tiba di kamar mahkamah bersama isterinya wartawan televisyen Perancis, Anne Sinclair yang berjalan sambil memaut lengannya.\r\n\n\n\n\r Mereka diiringi dua pengawal persendirian yang dibayar bagi menghalang Strauss-Kahn lari daripada ikat jamin.\r\r\n\n\n\n\nPasangan itu berjalan di hadapan sekumpulan anggota media dan pekerja hotel yang datang untuk menyokong rakan mereka yang mendakwa diserang Strauss-Kahn, sambil melaungkan kata-kata ‘kamu sungguh memalukan’.\rStrauss-Kahn berdepan hukuman penjara hingga 25 tahun jika sabit kesalahan atas dakwaan cuba merogol, melakukan penderaan seksual, jenayah seksual, mengurung secara salah dan mencabul kehormatan.\rHakim Mahkamah Agung New York, Michael Obus menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.\r“Apabila semua bukti dikemukakan, jelas bahawa tiada tindakan paksaan,” kata peguam bela Strauss-Kahn, Benjamin Brafman kepada wartawan selepas perbicaraan. – REUTERS
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|