|
Jaring gol kemenangan tipis 2-1 ke atas Austria\rVIENNA: Jaringan pada minit-minit akhir Mario Gomez membantu kemenangan tipis 2-1 Jerman ke atas Austria di Stadium Ernst-Happel - pasukan sama yang ditunjukkan jalan keluar daripada Euro 2008 - yang kini turut menamatkan harapan negara jirannya itu untuk mara ke saingan terunggul Eropah, tahun depan.\r\n\n\n\n\r Austria, yang mempunyai sinar suram untuk mara selepas tewas kepada Belgium dan Turki, awal tahun ini melakukan yang termampu dan usaha mereka berhasil apabila berjaya memperoleh jaringan penyamaan menerusi gol sendiri Arne Friedrich pada awal separuh masa kedua, selepas Gomez meledak gol pertama pada minit ke-44 permainan.\r\r\n\n\n\n\n Namun penyerang Bayern Munich itu sekali lagi meledak gol pada minit ke-90 bagi mengesahkan kemenangan pelawat.\rDengan mengumpul 18 mata daripada enam perlawanan, Jerman kini hanya selangkah untuk meletakkan kaki di Poland dan Ukraine selepas mendominasi Kumpulan A dengan enam kemenangan daripada enam perlawanan, meninggalkan Belgium di tangga kedua yang merakam keputusan seri 1-1 menentang Turki di Brussels.\r“Kami melakukan banyak kesilapan dan mungkin sedikit bernasib baik untuk mencipta kemenangan ini,” kata Friedrich.\r“Adalah penting untuk menang sekalipun kami tidak bermain seperti kebiasaan kami.” \r\n\n\n\n\rKenyataan itu turut diakui jurulatih Jerman, Joachim Loew yang berkata kelemahan pasukannya semakin ketara selepas kehilangan khidmat pemain tengah berpengalaman Bastian Schweinsteiger dan penyerang berkualiti, Miroslav Klose akibat kecederaan serta melakukan banyak kesilapan dan lebih bernasib baik. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|