CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

SUKMA XIV KL: Amirul raih emas pertama NS

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SATU-satunya sukan wajib yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2011, berbasikal trek membuka tirainya semalam dengan Amirul Anuar Jafri  berjaya menewaskan pelumba pilihan dalam perlumbaan scratch 15 kilometer bagi menghadiahkan emas pertama buat Negeri Sembilan.\r\"Pada pusingan 20, saya lihat ada peluang untuk memecahkan diri daripada kelompok besar apabila ramai pelumba lain memberi tumpuan terhadap pelumba Pahang, Ahmad Fakrullah Alias dan membiarkan saya meloloskan diri,\" kata pelumba berasal dari Seremban itu.\r\n\n\n\n  \r   Perlumbaan yang memerlukan pelumba melengkapkan 45 pusingan itu menyaksikan Amirul Anuar merangkul emas selepas merakamkan 22 minit 22.147 saat diikuti pelumba Kelantan, Mohamad Al-Ghazali Ab Hamid kedua (22:23.242s) dan pelumba Terengganu, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri (22:23.344s) ketiga.\r\r\n\n\n\n\n   Dalam perlumbaan scratch 10km wanita pula, pelumba pilihan Ju Pha Som Net dari Perlis menepati ramalan apabila melakukan henjutan pada 200 meter menuju ke garisan penamat untuk meraih emas dengan masa 18:04.367s. Pingat perak dimenangi Zahraa Anuawar dari Terengganu (18:04.695s) manakala gangsa Nurul Ahmar Badeuzzaman dari Selangor 18:04.985s).  \rAcara kejar mengejar berpasukan lelaki pula menyaksikan kuartet Negeri Sembilan (Abdul Rashid Ibrahim, Amirul Anuar Jafri, Mohammad Fairet Rusli, Mohd Ekbar Zamanhuri) meraih emas, diikuti Johor (Mohamad Al Azani Zainal, Mohamad Azrul Taufiq Annuar, Mohd Azami Senan, Muhamad Asyrad Misnan), dan ketiga Kedah (Ahmad Firdaus Abd Karim, Amirun Asraf Abdullah, Mohd Faiz Ibrahim, Mohd Zul Asraf Zamlan).\rBagi kejar mengejar berpasukan wanita pula, Terengganu (Nur Ain Mahmood, Ummi Hamimah Mohamad, Zahraa Anuawar) meraih emas diikuti Selangor (Nur Farah Ain Amran, Nursyahmira Anis Saidi Ahmad, Nurul Ahmar Badeuzaaman), manakala Kedah (Aishah Puteh, Mardiana Mohd Radzi, Nur Izzati Ismail) ketiga.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.455487 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list