|
Terengganu di tangga kedua, diikuti Perak, ketiga\rHARI kedua Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2011 menyaksikan Johor yang mengutip emas sulung temasya ke-14 kali ini, mendahului senarai pungutan pingat keseluruhan dengan empat emas.\r\n\n\n\n\r Johor meraih emas dalam acara judo kata berpasangan wanita menerusi Siti Nur Syafiqah Husin dan Nurul Ain Atiqah Rosli di Sports Arena, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), petang semalam manakala tiga emas lain diperoleh menerusi acara kenu - K1 dan K2 1,000m lelaki serta lawan pedang foil individu wanita.\r\r\n\n\n\n\n Juara bertahan, Terengganu mengekori rapat dengan tiga emas, tiga perak dan dua gangsa diikuti Wilayah Persekutuan di tangga ketiga biarpun berkongsi satu pingat emas dengan Selangor dan Pulau Pinang.\rSementara itu, Pengerusi jawatankuasa pengelola SUKMA 2011, Datuk Zolkples Embong menjelaskan pihaknya masih tidak pasti punca masalah atlit cirit birit kerana ada atlit mengakui turut membeli makanan dari luar perkampungan sukan.\r“Kami sudah mengambil tindakan segera dengan memantau penyediaan makanan dan gerai makanan yang dijual di dalam perkampungan sukan. Kementerian Kesihatan juga sudah membuat pemeriksaan di tempat penyediaan makanan setiap hari dan memberi penilaian,” katanya.\rBeliau yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, Kementerian Kesihatan setakat ini berpuas hati dengan penyediaan makanan di perkampungan sukan termasuk kebersihan dapur tempat memasak.\r\n\n\n\n\r“Masalah cirit birit atlit pada hari pertama itu adalah kes terpencil kerana rata-rata kontinjen menyatakan mutu makanan pada SUKMA kali ini adalah antara yang terbaik,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|