CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Tiga jentera PROTON tunjuk garang di Ukraine

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DUA daripada tiga jentera PROTON Satria Neo Super 2000 menamatkan Pusingan Pertama Rali Prime Yalta di Ukraine yang menjadi pusingan keempat Cabaran Rali Antara Benua (IRC), pada kelompok 10 teratas.\rPemandu PROTON, Giandomenico Basso menduduki tempat kelapan dan hanya ketinggalan 5.6 saat di belakang pendahulu semasa, Thierry Neuville dari Belgium yang memandu Peugeot 207 S2000, selepas dua peringkat khas pada hari pembukaan, semalam. \r\n\n\n\n\r  Rakan sepasukan, Andersson ketinggalan tiga saat di tangga ke-10 dalam perlumbaan yang dikuasai tiga jentera Peugeot 207 S2000 dan lima jentera Skoda Fabia S2000.\r\r\n\n\n\n\n  Jentera ketiga PROTON yang dipandu bintang Ukraine dan bekas juara Kesatuan Soviet,  Oleksandr Saliuk Sr menduduki tempat ke-18 keseluruhan daripada 42 peserta.\r“Rali ini penting kerana kita semakin menghampiri pertengahan musim dan mahu mengutip sebanyak mungkin mata untuk meningkatkan kedudukan dalam senarai Pengeluar serta ini juga pentas pertama jenama Proton dilihat di Ukraine.\r“Saya pasti kereta ini menarik banyak perhatian, dan prestasi yang baik di sini akan memberikan pengenalan yang berkesan dan kukuh untuk satu lagi potensi pasaran PROTON,” kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan, semalam.\rPROTON menduduki tangga kelima senarai Pengeluar dalam IRC ketika ini dengan 16 mata selepas tiga pusingan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.412456 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list