View: 196|Reply: 0
|
25,000 dijangka sertai maraton KL
[Copy link]
|
|
PELARI dari hampir 70 negara akan memeriahkan perlumbaan KL Maraton Standard Chartered 2011, 26 Jun ini.\rDengan pertambahan kira-kira 25,000 pelari yang dijangkakan mengambil bahagian tahun ini, satu lokasi permulaan baru turut diperkenalkan sebagai tambahan kepada permulaan di Dataran Merdeka.\r\n\n\n\n\r Dataran Merdeka kekal sebagai lokasi penamat bagi semua kategori dan permulaan bagi maraton penuh dan separa maraton serta kategori kanak-kanak, manakala kira-kira 13,000 pelari yang menyertai acara 5km dan 10km, akan dilepaskan di Padang Merbok, mulai jam 7.15 pagi.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Projek Maraton KL Standard Chartered, Rainer Biemans berkata: “Kami gembira maraton KL ini terus mendapat sambutan menggalakkan dan jumlah penyertaannya meningkat sehingga kami terpaksa menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbok sebagai lokasi permulaan untuk memastikan kelancaran kepada semua peserta.”\rTahun ini, penaja emas Maraton KL Standard Chartered, MSIG Insurance memperkenalkan perlumbaan berganti-ganti MSIG buat kali pertama dengan setiap RM100 bagi setiap peserta akan didermakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.\rSebanyak 40 pasukan dianggotai lima pelari setiap pasukan akan berlari secara berganti-ganti sambil memindahkan sehelai potongan kain pada setiap tiga atau lima kilometer dan tiga pasukan teratas bagi perlumbaan itu akan diberikan hadiah khas.\rSelain itu, pelumba basikal trek negara, Josiah Ng turut memeriahkan maraton itu dengan menyertai program larian amal bagi meningkatkan dana Yayasan Warisan Anak Alam (YAWA).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|