|
MONTE CARLO: Juara bertahan Formula Satu (F1), Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Monaco dalam perlumbaan penuh drama semalam, untuk mengumpul kemenangan kelima daripada enam perlumbaan musim ini dan pertama baginya di litar jalanan mencabar Monte Carlo.\rPemandu Red Bull 23 tahun dari Jerman itu menewaskan juara dunia dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso yang memandu Ferrari manakala juara 2009, Jenson Button yang memandu McLaren di tempat ketiga.\r\n\n\n\n\r Perlumbaan penuh drama itu menyaksikan kereta keselamatan, bendera merah, insiden pelanggaran dan terpaksa diberhentikan seketika selepas kemalangan dahsyat membabitkan pemandu Renault dari Russia, Vitaly Petrov yang dikejarkan ke hospital.\r\r\n\n\n\n\n Vettel yang terus menggunakan set tayar lembut sehingga 15 pusingan terakhir diasak hebat Alonso dan Button yang sentiasa mengekori rapat dan pertaruhannya tampak seakan membawa padah hinggalah berlaku kemalangan pada pusingan ke-72 yang menyaksikan bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan.\rApabila perlumbaan disambung selepas terhenti 21 minit, Vettel yang melakukan penukaran tayar ketika perlumbaan dihentikan terus menguasai perlumbaan hingga tamat. - Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|