|
Aiman, Zandra cipta kejuaraan berganda Terbuka Malaysia ulangi gemilang 2004\rKANCAH bowling negara kembali ceria dan bersinar, semalam. Segala-galanya kerana kelibat garang Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairudin dan Zandra Aziela Ibrahim Hakim yang gah mencipta kejuaraan berganda untuk negara, semalam.\r\n\n\n\n\r Mereka menjuarai acara Masters lelaki dan wanita di Kejohanan Bowling Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon edisi ke-34 di Pyramid Mega Lanes - sekali gus mengulangi pencapaian Shalin Zulkifli dan Daniel Lim pada kejohanan 2004.\r\r\n\n\n\n\n Keringat mereka itu membutirkan hadiah trofi serta wang tunai RM35,000 (terbuka lelaki) dan 15,000 (terbuka wanita) dalam kejohanan yang turut disertai pemain dari 16 negara luar.\r“Saya menunggu empat tahun untuk menjuarai kejohanan ini. Pencapaian hari ini (semalam) diharap dapat diteruskan memenuhi sasaran saya menang pula di Sukan SEA November ini,” kata Aiman, 23, pemain tangan kiri yang memenangi kejuaraan terbuka keduanya selepas Kejohanan Bowling Klasik Selangor 2009.\rDalam perlawanan final step-ladder masters terbuka lelaki Aiman berjaya mengatasi pemain Thailand, Yannaphon Larpapharat dengan mengumpul 249 pin manakala lawan dari negara jiran itu membuat kesilapan pada frame keempat dan kelapan bagi jumlah 184.\rSementara itu, Zandra yang beraksi cemerlang menjuarai kategori terbuka wanita buat kali kedua selepas kali terakhir memenanginya pada 2007. Pemain berusia 25 tahun itu menumpaskan seorang lagi pemain elit, Sin Li Jane dengan mencatat 220 pin berbanding 216 pin.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak jangka dapat menang. Saya gunakan perfect game sebagai dorongan untuk terus melakukan balingan terbaik sehingga ke akhir perlawanan,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|