CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Bidikan emas Joseline

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tewaskan Bibiana Ng  acara 10 meter pistol angin\rANDAI kelmarin, Nur Farah Afiqah melakukan kejutan menewaskan penembak program \'Road To London\', Nur Suryani Mohd Taibi, semalam muncul giliran pula Bibiana Ng Pei Chin menerima kejutan dalam Kejohanan Menembak Trofi Presiden Ally TH Ong di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang.\r\n\n\n\n\r  Bibiana yang baru kembali dari kejohanan menembak Piala Dunia ISSF di Fort Benning, Amerika Syarikat dikecewakan oleh rakan sepasukan dalam skuad elit, Joseline Cheah dalam 10 meter pistol angin.\r\r\n\n\n\n\n  Joseline yang mewakili ATM mencatat 377 mata untuk kelayakan dan mengumpul 472.5 mata untuk saingan akhir bagi meraih pingat emas.\rBibiana dari PDRM terpaksa berpuas hati dengan perak apabila mencatat 373 mata dan mengumpul 471.3 mata pada saingan akhir. Sementara itu penembak Sabah, Judith Sharon Jimmy meraih gangsa dengan catatan 370 (467.7 mata).\rCatatan Joseline yang akan ke Piala Dunia ISSF di Munich, Jerman pertengahan bulan depan gagal mengatasi rekod kelayakan Irina Maharani (386 mata) dan rekod sendiri saingan akhir dicipta di Melaka (486.0 mata) pada 2006.\rHasli Izwan Amir Hassan seorang lagi penembak ‘Road To London’ di tentang hebat oleh rakan sepasukan Hafid Adzha sebelum meraih emas dalam acara 25 meter rapid fire pistol dengan catatan 575 mata. Hafid pemegang rekod kebangsaan acara ini 585 mata sekadar mengumpul 569 mata untuk meraih perak dan Khalel Abdullah dari Angkatan Tentera meraih gangsa dengan catatan 565 mata.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.069367 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list