|
ROME: Juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, Usain Bolt memenangi perlumbaan pertamanya musim ini tetapi terpaksa mengerah segenap tenaga di garisan penamat untuk menewaskan rakan senegara dari Jamaica, Asafa Powell dalam acara 100 meter di kejohanan jemputan Diamond League kelmarin.\rBolt yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan kompetitif sejak tewas kepada pelari Amerika, Tyson Gay sembilan bulan lalu, perlahan ketika melakukan permulaan dan ketinggalan kepada hampir semua pelari sebelum meningkatkan pecutan pada jarak lima meter terakhir untuk memenangi perlumbaan dengan catatan masa 9.91 saat dalam keadaan cuaca yang lembab.\r\n\n\n\n\r Ia kemenangan kesembilan daripada 10 perlumbaan menentang Powell, yang mencatatkan masa 9.93s, manakala pelari Perancis, Christophe Lemaitre ketiga dengan catatan masa 10s.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tidak rasakan saya harus dinilai daripada prestasi hari ini,” Bolt memberitahu wartawan. “Ia adalah perlumbaan pertama saya dalam tempoh sembilan bulan dan saya berasa gemuruh. Saya terpaksa mengatasi ramai pelumba dan mengerah segenap tenaga, tetapi ia satu permulaan bagus untuk memulakan musim dengan kemenangan.”\rAtlit berusia 24 tahun itu yang mengelilingi stadium menaiki buggy golf sebelum perlumbaan dan diberi tepukan gemuruh 47,732 penonton kelihatan lebih tertekan berbanding biasa selepas kemenangan tipis itu dan mempertontonkan gaya anak panah yang kebiasaan dilakukannya hanya selepas melakukan larian penghargaan sepusingan.\r“Saya melakukan permulaan yang buruk, tidak beraksi baik di peringkat transisi tetapi saya berjaya melepasinya dan tidak sabar untuk mengharungi perlumbaan seterusnya,” katanya. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|