|
Sertai penjaga gol utama, Joe Hart, Scott Carson dalam skuad England\rLONDON: England menyenaraikan penjaga gol, Robert Green dalam skuad kebangsaan bagi kempen kelayakan Euro 2012 menentang Switzerland bulan depan bagi menggantikan David Stockdale yang akan melangsungkan perkahwinannya sehari sebelum perlawanan di Wembley itu. \r\n\n\n\n \r “Penjaga gol Fulham itu memiliki komitmen peribadi dalam persiapan menjelang kelayakan Euro 2012 menentang Switzerland di Wembley, Sabtu 4 Jun depan,” kata FA England pada laman webnya (www.thefa.com) yang mengumumkan Green menggantikan Stockdale. \r\r\n\n\n\n\n Green, 31, terpaksa menanggung keaiban tersingkir daripada Liga Perdana bersama kelabnya, West Ham United, dan memberikan bayangan bahawa dia mungkin tidak dapat bermain kerana komitmen keluarga.\rNamun, media British melaporkan Green yang menjadi ayah minggu lalu dan selepas perbincangan dengan keluarganya, akhirnya menawarkan dirinya untuk berdepan Switzerland. Dia tidak beraksi buat negaranya sejak melakukan kesilapan pada perlawanan kumpulan Piala Dunia menentang Amerika Syarikat di Afrika Selatan, tahun lalu. \rGreen menyertai penjaga gol pilihan utama, Joe Hart dan Scott Carson ke dalam skuad kebangsaan selepas mengisi kekosongan Stockdale, 25. \rSelepas empat perlawanan, England mendahului Kumpulan G dengan 10 mata menerusi perbezaan gol dengan Montenegro, disusuli Switzerland (4), Bulgaria (4) dan Wales (0). – Reuters\r\n\n\n\n\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|