CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Webber sedia hadapi Monte Carlo

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MONTE CARLO: Juara tahun lalu, Mark Web璪er dan juara 2008, Lewis Hamilton akan memperjudikan kemahiran dan strategi untuk menghalang juara bertahan Sebastian Vettel memenangi Formula Satu (F1) Grand Prix Monaco, hujung minggu ini.\rPemandu Australia, Webber, 34, umpama mendapat durian runtuh tahun lalu apabila meraih petak utama dan kemudian memenangi perlumbaan buat Red Bull selepas berada di depan rakan sepasukannya itu dari awal hingga akhir.\r\n\n\n\n\rKemenangan itu melonjakkan dirinya di depan Jenson Button di carta teratas senarai pemandu dan mencetuskan persaingan sengit dengan Vettel hingga penghujung tahun.\r\r\n\n\n\n\nTetapi tahun ini pasti berbeza, bukan hanya kerana peraturan baru dan pengeluar tayar baru tetapi juga peluang pintas memintas yang terhad. \r\"Kita tahu ini adalah antara perlumbaan berprestij tetapi ada banyak persoalan - bagaimana keadaan tayar dan sama ada strategi menjadi atau tidak. \r\"Dengan litar yang memerlukan tumpuan penuh dan ketenangan, hanya satu kesilapan dan segala-galanya berakhir,\" kata Webber.\rJuara dunia 2009, Button dari McLaren kini di tangga keempat dengan 61 mata selepas lima pusingan perlumbaan dan Webber, di tempat ketiga, mendahuluinya dengan hanya enam mata, 10 di belakang rakan sepasukan Button, Hamilton dengan 77. \r\n\n\n\n\rTetapi jauh di depan walaupun musim baru bermula, ialah Vettel yang mengumpulkan 118 mata walaupun kalendar perlumbaan baru suku daripada 20 perlumbaan, termasuk Grand Prix Bahrain. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.150208 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list